Tuesday, July 16, 2013

Bonus Aidilfitri untuk Penjawat Awam pun nak "KALIKONG"

Kerajaan belum bincang pemberian bonus Aidilfitri
PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Tan Sri Dr Ali Hamsa
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

"Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya. - Bernama

Dan Ini pula kata Najib...
PM: Bonus Aidilfitri bukti kerajaan ikhlas, dibayar 9 Ogos
Najib
AMPANG - Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik," katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment