Tuesday, July 2, 2013

Bukti SPR Membazirkan Ratusan Juta Wang Rakyat !

Tubuh Jawatankuasa khas siasat perbelanjaan SPR pada PRU-13
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara diminta menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dan mengaudit perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana SPR bukan sahaja gagal memastikan pilihan raya bersih dan adil tetapi membazirkan ratusan juta wang rakyat.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, SPR perlu sedar bahawa setiap sen yang mereka belanjakan adalah peruntukan daripada Parlimen iaitu wang hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

Katanya, SPR tidak ada kekebalan untuk merahsiakan perbelanjaan mereka dan berbelanja secara boros tanpa sebarang akauntabiliti.

“SPR tidak boleh terus membisu kerana rakyat Malaysia juga masih menunggu jawapan mengenai skandal RM7.1 juta dakwat kekal yang tidak kekal dan kini, timbul pula isu pertambahan kos yang begitu mendadak.

“Mengapa perbezaan kos begitu besar sekali, sekiranya kos mengendalikan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008 hanya RM409,000, dan apa justifikasi SPR apabila membelanjakan purata RM1.8 juta untuk satu kawasan Parlimen pada PRU-13,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjawab soalan Loke di Parlimen, pada 27 Jun lalu, berkata SPR membelanjakan RM400 juta untuk mengendalikan PRU-13 dan pecahan perbelanjaan itu adalah seperti berikut : -

1- Elaun lebih masa sebanyak RM5.081 juta.

2- Sewaan pengangkutan, barung semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks dan lain-lain sebanyak RM98.465 juta.

3- Bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas Pilihan Raya Umum adalah sebanyak RM204.100 juta dan perbelanjaan lain sebanyak RM92.354 juta.

Menurut Loke, perbelanjaan sebanyak RM400 juta itu perlu dipertikaikan sedalam-dalamnya kerana membabitkan pertambahan 100% berbanding kos untuk mengendalikan PRU-12 pada 2008 hanya RM200 juta.

Katanya, mengapa dalam tempoh lima tahun perbelanjaan pilihan raya umum meningkat 100% walaupun bilangan pengundi bertambah hanya 20% sedangkan RM400 juta untuk mengendalikan PRU-13 bagi 222 kerusi Parlimen iaitu purata kos pengendalian satu kawasan Parlimen ialah RM1.8 juta sedangkan had perbelanjaan bagi seseorang calon yang bertanding peringkat Parlimen hanya RM200,000.

“Seseorang calon perlu menjalankan kempen lebih dua minggu, belanja untuk bahan cetakan dalam bilangan yang besar, tenaga manusia yang ramai dan banyak lagi perbelanjaan kempen.

Sebahagian besar perbelanjaan yang perlu ditanggung SPR hanya untuk hari penamaan calon dan hari pengundian.

Adakah ini memerlukan RM1.8 juta untuk satu kawasan Mengikut jawapan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong kepada Senator Dr S Ramakrishnan di Dewan Negara pada Mei 2011, anggaran perbelanjaan yang diguna SPR bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah di antara RM318,000 dan RM1.290 juta, bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terbabit dalam pilihan raya itu.

Perincian jumlah keseluruhan perbelanjaan setiap PRK sejak PRU-12 diadakan adalah seperti berikut : - 
Sumber                       

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment