Tuesday, July 2, 2013

AES Siapa yang Untung? : Terima Kasih Datuk Seri Hishamudin - Tak sesia anda jadi menteri!

Datuk Seri Hishammuddin
Pilihanraya 13 dah pun selesai,,, tunggulah 4 tahun 10 bulan lagi untuk PRU14,,, janji-janji menteri pun dah tak valid lagi dah,,, sekarang mereka dah berkuasa,, siap sedia wahai rakyat-rakyat...

Buatlah apa saja selagi ko orang suka,,, rakyat terutama sekali orang-orang umno memang suka pun bab-bab macam ini.... Terima kasihlah orang-orang umno,, yang undi menteri umno... - manjongmari
aes
Penerima saman AES perlu jelaskan kompaun - Datuk Seri Hishammuddin
KUALA LUMPUR -- Saman AES masih berkuat kuasa meskipunproses pendakwaan mahkamah ditangguh, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Ini bermakna pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan kepada mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepadasoalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin berkata saman itu perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata antara 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang terdapat penguatkuasaan AES setakat ini ialah Kilometer 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah utara), Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan Kilometer 204.6 Lebuhraya Klang Lama (persimpangan Jalan Sepadu) serta Jalan Lebuh Sentosa di Putrajaya (Kajang menuju PICC). - Bernama
Siapa yang dapat untung AES?

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Kabinet yang meneruskan proses pengeluaran saman AES meskipun Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menangguhkan prosiding mahkamah.

Menurutnya, tindakan ini dilihat sebagai usaha menjaga kepentingan kroni yang mempunyai pegangan di dalam syarikat konsesi yang mengendalikan sistem penguatkuasaan automatik (AES).

“Apakah kerajaan begitu bimbang menagguhkan operasi AES ini bagi menjaga kepentingan pihak tertentu.

“Apakah kerajaan ingin menjaga kepentingan Tan Sri Azman Yahya iaitu menganggotai beberapa GLC kerajaan termasuk Khazanah Nasional.

“Saya menyebut perkara berkenaan kerana ATES Sdn Bhd (sebuah syarikat yang mengendalikan AES), adalah dimiliki oleh satu syarikat yang bernama Angsana Tiara Sdn Bhd sebanyak 67.74 peratus.

“Angsana ini dimiliki oleh Tan Sri Azman Yahya sebanyak 66.60 peratus pemegang saham,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS.

Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Poko Sena, syarikat tersebut mempunyai kerugian terkumpul berjumlah RM 781 juta.

Mahfuz mendakwa pemberian kontrak AES adalah usaha membaik pulih syarikat tersebut.

Tegas Mahfuz, selepas prosiding mahkamah ditangguhkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya menghentikan pengeluaran saman baru AES dan memulangkan saman yang telah dibayar.

“Saya bersedia berdebat, dengan seorang bertaraf menteri tentang pelaksanaan AES,” cabar Mahfuz.

Semalam, dilaporkan bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan saman AES akan tetap dikeluarkan walaupun prosiding mahkamah telah ditangguhkan.

Cho Ha turut mengakui saman AES bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara itu.

Setakat ini hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak AES mula dilaksanakan 23 September lalu. - DCM

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment