Friday, July 19, 2013

Bukti Kerajaan Persekutuan double-standard dalam pendakwaan

Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen membukti sikap pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Persekutuan berpilih dan double-standard dalam mendakwa pemimpin pembangkang dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, mengapa perlu tunggu dua tahun dan masih tidak ada pendakwaan terhadap ancaman keselamatan beliau dan keganasan ke atas pemberita.

“Sikap berpilih dan double-standard pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Persekutuan jelas bila dalam kes tertentu terhadap pemimpin pembangkang, pendakwaan boleh dibuat dalam masa dua bulan, tetapi kes kesalahan di mana keganasan dan kekerasan diguna penyokong BN, ia bukan sahaja dilambat-lambatkan malah mungkin ditutup begitu sahaja dengan chop “NFA” (No Further Action),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Ahmad Zahid dalam jawapannya memaklumkan sepanjang 2011 hingga 2013, terdapat enam laporan polis dibuat terhadap Perkasa.

Dalam kes di Jambatan Pulau Pinang, pada 1 Julai 2011, seorang pemberita ketika sedang membuat liputan perhimpunan anti Bersih dipukul oleh beberapa lelaki dipercayai ahli Perkasa, tetapi setelah selesai kertas siasatan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat dan keputusan.

Begitu juga perhimpunan tanpa permit yang dianjurkan Perkasa pada 30 November 2011 di Komtar, Pulau Pinang untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang juga siasatan diteruskan bagi mencari maklumat tambahan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Kejadian pada di Dewan Pidato, Padang kota Lama, Pulau Pinang pada 26 Februari 2012 ketika Ketua Menteri Pulau Pinang sedang berucap berkaitan isu Lynas, suspek dikatakan telah mencaci dan mengugut beliau juga siasatan selesai dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 19/7/12 dan kes telah NFA.

Kejadian di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 10 Mei 2012 di mana sekumpulan lelaki dipercayai ahli Perkasa bertindak menuntut Ketua Menteri bertindak Adil juga kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya dan kes telah NFA.

Kekecohan yang berlaku di pasar Telok Bahang, Pulau Pinang, pada 30 Jun 2012 apabila orang ramai yang mengiringi menghalang seorang ahli Perkasa untuk menghampiri Ketua Menteri Pulau Pinang juga kertas siasatan dikembalikan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk melengkapkan siasatan.

Kertas siasatan juga dikembalikan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk melengkapkan siasatan mengenai kejadian ketika di Konvensyen Perkasa di UiTM Pulau Pinang, pada 21 Januari 2013 di mana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada sidang media didakwa menyeru umat Islam membakar Bible yang mengandungi kalimah Allah.-Roketkini.com
Gerakan: Ibrahim 'anarkis' kerana seru bakar Bible BM
4:00PM Jan 23 2013
Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menuntut polis mengambil tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya sebagai seorang "anarkis" kerana menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

Katanya, seruan MP Pasir Mas itu akan menyebabkan "ketegangan" akan berlanjutan kepada "huru-hara di jalanan".

gerakan agm 151011 chang ko youn"Cadangan ekstrem ini pasti akan memprovokasi kemarahan masyarakat Kristian kerana mereka melihat ia sebagai penghinaan besar kepada agama mereka.

"Saya percaya tiada agama di dunia yang menggalakkan pengkhutbah mereka untuk menghina agama lain," kata Chang dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau juga mahu polis bertindak ke atas kumpulan yang didakwa menyebarkan risalah bagi mempromosi satu acara mambakar Bible pada 27 Januari di Pulau Pinang.

"Kami masih tidak pasti mengenai ketulenan rancangan tersebut sama ada benar atau hanya rekaan. Walau apapun, kami menggesa polis mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang tindakan berkenaan sekiranya benar (acara itu diadakan)," katanya.

Buat masa ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan risalah berkenaan.

PERKASA Pulau Pinang turut menafikan akan menganjurkan acara membakar kitab Injil tersebut.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan yang dipertua PERKASA negeri, Yusof Suhaimi Mohd Yatim yang berkata pertubuhan itu menghormati undang-undang dan memperjuangkan keamanan negara.

Yusof mendakwa penyebaran risalah untuk acara tersebut dilakukan pihak tertentu untuk "menangguk di air keruh".

Beliau turut mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dibakar.

"Saya juga faham niat beliau adalah untuk mencegah umat Islam yang marah daripada mencederakan pihak mengedarkan Bible berbahasa Melayu," katanya. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment