Friday, July 19, 2013

@anthonyloke 'MP 3 minggu, tapi 3 tahun berlalu MB belum didakwa'

Ia mengambil masa tiga minggu untuk pihak berkuasa membuat keputusan mendakwa seorang ahli Parlimen (MP) DAP, tetapi tiga tahun sudah berlalu sejak Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disiasat berhubung dakwaan menghantar RM10 juta ke luar negara melalui cara yang menyalahi undang-undang, dan beliau masih belum didakwa.

Inilah rungutan MP Seremban Anthony Loke. Beliau telah disampaikan saman mahkamah dan akan didakwa minggu depan kerana dituduh melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 pada 22 Jun.

"Ini adalah pendakwaan terpilih. Banyak MP didakwa atas isu-isu teknikal (seperti tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan).

"Tetapi saya menerima jawapan bertulis dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mengenai (MB) dan ia berkata kertas siasatan telah selesai dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Tiga tahun dan tiada tindakan, tetapi terhadap kita, ia hanya mengambil masa tiga minggu," katanya.

Mohamad telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila beliau didakwa menghantar RM10 juta ke London melalui seorang pengurup wang pada tahun 2010. Mk

SPRM: Kes ubah wang haram MB selesai disiasat
18 Julai 2013
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat kes pemindahan wang haram yang didakwa melibatkan seorang menteri besar empat tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata kertas siasatan kes itu kini dalam kajian pihak Peguam Negara.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan kes itu.

Pada tahun 2009, seorang menteri besar didakwa memindahkan sebanyak RM10 juta ke London melalui sebuah syarikat pertukaran wang asing. - Bernama

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
Yip Ai Tsin
5:44PM Nov 27 2009
Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.
BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment