Kejadian pada 15 Jun lalu di depan pusat beli-belah Sogo menyaksikan hampir 50 anggota polis telah bertindak di luar dugaan apabila menangkap orang ramai yang tidak bersalah. Apakah pihak polis tersilap maklumat bahawa sebenarnya tiada himpunan dianjurkan pada hari tersebut? Jumlah anggota polis yang menghalang ‘flashmob’ ini jika ditugaskan menjaga keselamatan awam di seluruh pelusuk bandaraya K.Lumpur, pasti banyak kes jenayah sebenar dapat dikekang.
Jika ada perhimpunan sekalipun, ia bukan berlangsung di depan Sogo tetapi di Padang Merbuk Jalan Parlimen pada 22 Jun nanti. Di depan Sogo tempohari hanyalah sebuah aksi spontan yang dipanggil ‘flashmob’. Polis jelas tidak memahami konsep ‘flashmob’ apabila cuba menggunakan Seksyen 9(1) yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang himpunan. Jika beri notis 10 hari, itu bukan ‘flashmob’. Malah dalam akta yang sama, polis tiada peruntukkan untuk membuat tangkapan.
Jika diarahkan bersurai sekalipun, peserta ‘flashmob’ bertekad tidak akan meninggalkan kawasan tersebut kerana sangat jelas mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak mengganggu orang awam, tidak mengganggu lalu lintas malah keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman sememangnya sesak setiap hari Sabtu.
‘Flashmob’ Sabtu lalu juga bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa pilihanraya 5 Mei dijalankan dengan penuh kecurangan. Ketika demokrasi digelapkan pada PRU-13 dan kemenangan rakyat dicuri, rakyat yang tidak bersetuju dan bersuara melalui aksi memegang ‘kad manila’ telah ditangkap – Inilah Malaysia.
Sikap panik kerajaan hingga menangkap peserta ‘flashmob’ dengan isyarat ugutan sebenarnya telah berjaya membangkit lebih banyak aksi ‘flashmob’ di seluruh negara. Sehari selepas tangkapan ‘flashmob15′, beberapa flashmob dilancarkan termasuk salah satunya di depan Queensbay Mall, P.Pinang. Hari ini juga satu ‘flashmob’ anak muda di Ipoh, esok di beberapa lokasi lagi termasuk di pekan Sg Besar, Selangor.
Rabu ini, fasa kedua ‘flashmob’ seperti yang dijadualkan di Jalan Tun Perak akan tetap diteruskan bermula jam 5 petang, juga akan berlangsung di Bandar Melaka. Khamis pula di Flashmob K.Terengganu, Kemaman, Port Dickson dan pekan Pontian, semua bermula jam 5 petang. Lebih banyak lokasi ‘flashmob’ pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari besar #KL622 – Hari Rakyat Lawan Penipuan SPR. Makluman penuh akan dikeluarkan berbentuk jadual dalam sedikit masa.
Anak muda resamnya, lebih kuat ditekan, lebih kuat bangkit melawan. Akhirnya dunia ini milik anak muda. Ayuh ‘flashmob’ seluruh negara, angkat manila kad anda yang kreatif, lakonkan aksi spontan. Menangkap peserta ‘Flashmob’ adalah satu kegilaan! ‘flashmob’ bukan jenayah!
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment