Wednesday, June 26, 2013

Speaker biarkan menteri ‘haram’ masuk Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR, 26 JUN: Sikap tidak peduli Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengarahkan dua menteri dan tiga timbalan menteri yang dilantik secara melanggar perlembagaan keluar dari dewan amat dikesali.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam sidang medianya berkata, permohonan supaya speaker berbuat demikian sebanyak dua kali langsung tidak dilayan.

“Saya tanya Speaker untuk buat keputusan untuk halau tapi tak ada apa-apa berlaku, tak ada orang keluar.

“Mereka (menteri dan timbalan menteri) tidak layak berada di dewan ini,” katanya tegas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, Thomas Su Kiong Siong berkata, sepatutnya speaker bertindak profesional dan bertanggungjawab.

“Artikel 43 perlembagaan telah jelas menyatakan seseorang menteri atau timbalan menteri hanya boleh dilantik jika mereka adalah ahli kepada Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negara.

“Ahli Parlimen Ipoh Barat tempoh hari sudah failkan perkara ini ke mahkamah. Jika Mahkamah putuskan perlantikan merka tak ikut Perlembagaan. Ini memang amat-amat memalukan,” katanya. – Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment