Wednesday, June 26, 2013

GempaQ!! Najib ada Nama "PALSU"?

Jingga 13 lapor polis ‘nama palsu’ Najib
Najib dalam afidavit telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai 'Najib bin Tun Hj. Abdul Razak'.
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana membuat afidavit palsu kes Liwat II yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 dan 23 September 2011.
Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporan berkata, Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.

Manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.

Kenyataan bersumpah itu dilakukan Najib dan Rosmah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Abdul Karem Hassan.

Bagaimanapun menurut Fariz semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.

Sekaligus menjadikannya bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Liwat II.
“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” katanya.

Laporan polis dikemukakan Fariz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini tengahari tadi.

Beliau dalam laporan turut merujuk kepada dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan FMT “Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib” yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan “Pencalonan Najib dalam PRU13 ditolak?” pada 15 April lalu.

Mat Zain dalam artikelnya berkata kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.

Sehubungan itu, Fariz menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes liwat dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU13.

Beliau juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai percanggahan nama terbabit, di luar pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan.

“Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu,” tegasnya.  freemalaysiatoday

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment