Saturday, June 8, 2013

PapaGomo Kantoi!! Ingatkan dah Bersara, rupa nya buka BLOG Baru beb!!!

Percubaan papagomo untuk buat lawak bangang kantoi
Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. Pasainya ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com

Malaysiakini melaporkan:
Pengendali blog kontroversi papagomo.com mengumumkan akan menamatkan penulisan di laman berkenaan kerana ingin menumpukan usaha kepada perniagaan menjual pakaian.

Laporan laman Sinar Harian Online menyebut, pengendali blog berkenaan mengumumkan perkara itu di laman media sosial Twitter pada hari Isnin lalu.

"I'm done (saya sudah habis). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. - Mkini.

Tobat lahom aku tak percaya blogger penchachai Umno BN yang paling hebat memfitnah ni betul-betul nak bersara. Tentu punyalah aksi bangang dia ni sebahagian dari usaha dia untuk selamatkan diri dari saman RM100juta Anwar Ibrahim. Kes saman dia RM10juta dengan Husam pun difail semula.

Hari ni tembelang lawak bangang dia dah kantoi. Rupa-rupanya dia bukan nak bersara betul-betul tapi cuma nak buat blog baru. Blog baru tu bukan lagi guna nama papagomo tapi guna nama dia yang sebenar, Wan Muhammad Azri.
Bukan saja blog baru tapi cara penulisan pun berbeza, takdak lagi maki hamun macam blog papagomo. Berapa lama sangat dia boleh bertahan cara penulisan macam tu. Harap dia tak tersasul terlalu awal pasai tentu punya ada yang pantau blog dia ni.

Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. Pasainya bukti cukup jelas untuk kaitkan nama Wan Muhammad Azri dengan blog papagomo.com. Malah ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com

Harakahdaily pada 25 Mac melaporkan:
Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu - Hrkh.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/papagomo-wan-azri-bersara-tapi-buat-blog-baru-malay-rights.html#ixzz2VcrEAI5D
Utusan papagomo
Utusan Malaysia Dedahkan Pemilik Blog Papagomo!!

KEADILAN dedah bukti Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo
Berikut disertakan butiran lanjut mengenai sumber dan laman yang menyabitkan Papagomo dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris.
pgscorpene (1)

1. Menurut blog Papagomo, dia bersama wartawan Bernama dan TV3 telah sertai pelayaran Scorpene. Papagomo telah meletakkan beberapa gambar sebagai bukti pelayaran tersebut pada posting bertarikh 16 Disember 2011 [1] Berdasarkan gambar-gambar tersebut, terdapat beberapa ciri yang mengaitkan Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri walaupun mukanya dihitamkan: (a) bentuk muka (b) susuk badan yang gempal (c) gelang silver yang dipakai di pergelangan tangan kanan.

Papagomo bersama Bellina Blaze
2. Carian online menjumpai blog yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Bellina Blaze (atau Bellina Chin) yang (pernah) mempunyai kaitan dengan Wan Muhammad Azri [2]. Berdasarkan posting blog [3]& [4], Bellina berniaga menjual barang perhiasan (terutamanya gelang-gelang tangan) sekitar tahun 2008-2009. Tempat perniagaan yang disenaraikan ialah 48-1, Jalan 2/23A, Taman Danau Kota iaitu terletak kira-kira 1.4km dari Villa Danau Apartment, kediaman Wan Muhammad Azri.


3. Juga disenaraikan di blog Bellina adalah akaun Maybank milik Wan Muhammad Azri Bin Wan Idris dengan nombor akaun 162384749602.

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100
4. Carian lebih lanjut menemukan laman Picasaweb milik Bellina yang turut memuat naik gambar Wan Muhammad Azri yang mempunyai ciri-ciri Papagomo seperti yang disenaraikan di atas. Koleksi gambar Wan Muhammad Azri bersama pimpinan-pimpinan Umno (termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Zambry) turut ditemui [5]


5. Posting-posting di laman Youtube Bellina menunjukkan beliau telah berpisah dengan Wan Muhammad Azri. Amat malang video terbaru [6] menunjukkan kekerasan Wan Muhammad Azri terhadap Bellina dan anak-anak mereka yang turut mendapat perhatian warga online yang mengutuk tindakan biadap Wan Muhammad Azri @Papagomo.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48396

SUMBER GAMBAR




Sila Baca Entri dibawah :
Ini Sebab Sebenar Kenapa Papa Gomo Tutup Blog.
Siapa Sebenar PAPAGOMO Didedah Bekas Isterinya

pemilik blog papagomo

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment