Tuesday, June 18, 2013

Panas!! TV3 KANTOI SALAH TERJEMAHKAN UCAPAN PRESIDEN MORSI +VIDEO

Saluran televisyen swasta Malaysia, TV3 telah mengeluarkan satu terjemahan salah dan palsu oleh pemberita mereka mengenai ucapan Presiden Mesir, Mohamad Morsi yang memutuskan perhubungan diplomatik dengan Syria. Jom kita baca luahan Irfan B. Masiri di FB beliau.

Mereka betul kan sedikit, nampak menyokong, tapi terjemahan yang salah.

Mungkin ada sesetengah orang tak kisah kalau terjemahan tak sama asalkan maksudnya sampai, tapi bagi saya memang tak boleh.

Maaf tak dapat rakam yg keluar di tv, ni saya rakam di tonton.com. Ingat, pastikan tengok terjemahan ketika Dr. Morsi berucap.

Ini terjemahan tv3.
“Kita tidak membenarkan rejim penindas kembali berkuasa, dan tidak menolak untuk menguatkuasakan zon larangan udara di Syria menerusi Majlis keselamatan PBB dalam usaha menamatkan pertumpahan darah rakyat Syria menjadi pelarian luar jangkaan.”

Ini terjemahan yang sebenar. So, boleh nilailah sendiri. 
“Kepada Hizbillah, Mestilah ia keluar dari Syria. Ini kata2 serius. Tiada peluang dan tempat bagi Hizbillah di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah. Ditutup kedutaan kerajaan Syria sekarang yang ada di Kaherah. Dan akan menarik balik wakil Kedutaan Mesir di Damsyik.”

Dr. Morsi tak sebut pasal PBB, tv3 sebut pasal PBB. Dr. Morsi sebut pasal Hizbillah, tv3 tak sebut. - SUMBER

Saksikan Video ini :


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

  1. tv3 alih bahasa kepada bahasa aper????...bahasa hebrew kut....padanlah bahasa yahudi.....kaki putarlah tuuuu.......

    ReplyDelete