Tuesday, June 18, 2013

Hanya Di Malaysia - Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan. Itulah Umno!

Siapa yang menjual negara Malaysia kepada bangsa asing? Terbukti inilah kerja-kerja pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan-tangan Melayu Umno sendiri.

Pemimpin-pemimpin Umno lebih mementingkan tengkorok mereka sendiri daripada memperjuangkan nasib anak bangsa sendiri.

Demi mahu mengekalkan kekuasaan Melayu konon. Tetapi yang sebenarnya adalah semata-mata mahukan kuasa untuk membolot harta kekayaan negara.

Mereka mendabik dada memperjuangkan nasib bangsa Melayu dengan laungan Hidup Melayu, tetapi sebaliknya Umno sendiri menjadi petualang dan mengkhianati bangsa dan tanah air sendiri.

Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan.Itulah Umno!- alhusseyn

Warga Negara India Dapat BR1M
Seorang warganegara India yang tiba di Sabah mendapat kerakyatan Malaysia dalam tempoh dua tahun.

Dia kemudian menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan menerima bantuan RM500 untuk golongan berpendapatan rendah.

Peer Mohamad Kadir yang lahir di Chennai dalam kawasan Tamilnadu, India, memberitahu suruhanjaya diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini bahawa beliau tiba pada 1984 bersama pakciknya menggunakan pasport India.

Pada 1986, pakciknya membantunya memohon kad pengenalan biru di Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Marudu, kata Peer Mohamad apabila disoal oleh pegawai pengendali Jamil Aripin (kanan).

Katanya, pakciknya menggunakan akuan bersumpah untuk memohonnya dan ia berjaya.

Sebelum 1991, akuan bersumpah digunakan sebagai bukti menunjukkan seseorang sebagai rakyat Sabah dan ia membuka ruang kepada penyelewengan.

RCI Sabah: Lelaki Dari India Dengan Kad Pengenalan Malaysia Mahu Kekal Di Sini
Oleh STEPHANIE LEE

KOTA KINABALU: Seorang warga India yang mendapat kad pengenalan Malaysia hanya dua tahun selepas tiba di Sabah memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa dia mahu kekal di Malaysia tidak kira apa yang berlaku.

Peer Mohamad Kadir, 53, berkata, dia tiba di Sabah pada tahun 1984 menggunakan pasport India dan mendengar tentang program di mana warga asing diberikan kad pengenalan Malaysia tetapi tidak berjaya dalam permohonan.

"Saya hanya memohon melalui bapa saudara pada tahun 1986, dan mendapat IC plastik biru sekitar tahun 1986 dan kemudian IC 'Bunga Raya'," katanya, Isnin.

Peer berkata dia mendapat IC dengan kod '12' di atasnya yang menunjukkan kelahiran di Sabah, dan kemudian kad pengenalan ditukar kepada MyKad biru selepas ia hilang pada tahun 1992.

Apabila ditanya nombor '12' tidak boleh dicetak dalam kad pengenalan dan maklumat itu tidak betul serta tidak mengikut undang-undang, Peer enggan menjawab.

Peer berkata dia tidak mahu dihantar pulang ke India dan mahu berada di Sabah kerana sudah mempunyai keluarga dan dua orang isteri yang berbangsa India dan Filipina serta empat orang anak di sini.

"Saya suka berada di sini dan mahu kekal di sini, saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya mahu terus berada di sini," katanya.

Peer adalah antara beberapa orang warganegara daripada kaum India Muslim yang berdaftar dengan Dewan Perniagaan India Muslim Sabah yang dikatakan pendatang tanpa izin di salah sebuah portal berita dalam talian, Sabahkini.

Dia adalah pengundi berdaftar yang mengundi lebih daripada empat kali termasuk pada pilihan raya kecil, dan juga merupakan ahli RELA dan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). - mStar
ANGGOTA RELA PROJEK IC HARAM PERTAMA DI SABAH?
Saudara Pengarang,

SAYA, Mohd Yusri Bin Azman Shah mewakili Ikatan Pencari Kebenaran Sabah (IKPK). Pada kali ini kami mahu dedahkan segala aktiviti haram yang dilakukan oleh abang kepada Ketua Rangkaian Jual Beli IC di Sabah iaitu Nasir Bin Yusof @ Latiff.

Suspek tersebut bernama Peer Mohammad Bin Kadeer yang memegang IC Projek bernombor 600323-12-5465. Beliau merupakan seorang ahli RELA, Bekas Presiden Kongres India Muslim Sabah (KIMMA) dan kini Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Sebelum bercerita mengenai suspek ini, kami ingin memaklumkan bahawa kami telah menukar nama daripada Kumpulan Pencari Kebenaran Sabah (KPKS) kepada Ikatan Pencari Kebenaran Sabah (IPKS) atas cadangan orang ramai. Kami akan berusaha mendaftar pertubuhan ini jika kes pertama yang kami perjuangkan berjaya.

Kami mendapat maklumat bahawa pihak berkuasa telah pun menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat aktiviti jual beli IC di Sabah. Selepas tempoh yang kami berikan, suspek masih bebas berada di Sabah selain dilindungi oleh badan-badan NGO. Namun, kami telah bertindak membuat beberapa usaha yang kami jangkakan akan berjaya selewat-lewatnya sebelum PRU 13.

Kami harap usaha kali ini tidak akan menghampakan. Berbalik topik kami hari ini, suspek di atas telah menubuhkan sebuah badan NGO yang kami rasakan tidak berdaftar. Kami persoalkan siapa ahli dia? Berapa ramai ahli? Pejabat berdaftar di mana?, Adakah mengadakan mesyuarat? Adakah menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan? Dan apakah aktiviti mereka?

Sejak akhir-akhir ini, kami dimaklumkan menerusi e-mail, di Sabah times, Borneo Post, mamak haram ini sering muncul. Namun, kami gagal mendapatkan keratan akhbar tersebut. Sesiapa yang kebetulan ada artikel tersebut, sila hantarkan kepada kami atau pihak Sabahkini.net. Kami mendapat tahu bahawa suspek ini menyebarkan ajaran sesat yang kononnya dinamakan ajaran Wahabi yang dibawa daripada selatan India.

Ajaran sesat ini kononnya tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, sebaliknya mengagungkan Saidina Ali. Ajaran ini tidak perlu sembahyang dan konsep ajaran sungguh sesat sekali. Ajaran ini mengharapkan semua jenis cukai, zakat dan duti termasuk cukai pintu, cukai jalan, cukai perseorangan, cukai perniagaan, duti import dan duti kastam, zakat fitrah dan zakat harta. Hairan dan terkejut, itulah yang berlaku kepada kami asalnya.

Ajaran ini mewajibkan bayaran cukai kepada Tuhan. Peer dikatakan akan memungut semua bayaran tersebut dan berpura-pura seperti dihantar ke selatan India. Ramai pengikut beliau berada di Tuaran dan Ranau. Kami tidak mengetahui kebenaran cerita ini, namun ada baiknya Peer disiasat mengenai hal ini.

Kami juga menerima e-mail seperti di bawah ini. Kami telah mengedit semua artikel tersebut dan ditambah fakta yang kami perolehi sebelum ini.

Suspek, Ahli RELA sering mengugut orang ramai terutama PATI dan majikan yang mengaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penjual rokok haram dan barang-barang haram lain, pelacur dan pondan, kereta sapu dan pemilik kelab malam, pemilik rumah dan kedai yang disewakan kepada PATI, pembekal dan penjual DVD cetak rompak, penjual dadah dan sebagainya. Semua jenayah di sekitar Pasar Filipina Kota Kinabalu, Sinsuran, Kampung Air, Api Api, Segama, Asia City, Gaya Street, Sembulan, Bandaran Berjaya, Pekan Inanam, Pekan Donggongan termasuk di Pulau Gaya adalah dilindungi oleh Sukarelawan Peer.

Selain suspek mendapat bayaran harian, difahamkan suspek mendapat bayaran bulanan daripada ramai majikan terutama India, Indonesia dan Filipina untuk melindungi Pekerja PATI mereka. Setiap kali operasi, suspek akan memaklumkan kepada mereka supaya pekerja mereka disembunyikan segera.

Suspek yang sudah terkenal kerana selalu memberi belanja kepada Polis dan Imigresen mempunyai rakan kongsi untuk membekal rahsia agar Peer dapat terus melindungi penjenayah di samping pendapatannya. Jika ada majikan yang enggan membayar kepada suspek, Peer akan menghantar para pegawai untuk menangkap pekerja mereka termasuk barang haram seperti rokok dan sebagainya.

Kemudian suspek akan membantu majikan tersebut untuk mengeluarkan mereka di samping mengenakan bayaran tertentu dan kemudian meminta mereka membuat bayaran. Program 6P atau di Sabah 5P melihatkan banyak operasi dilakukan oleh pihak berkuasa, namun semuanya gagal kerana ada makhluk seperti ini yang berkuasa.

Tidak ada majikan yang berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana rata-rata majikan memerlukan orang seperti Peer lebih-lebih lagi masa ini di mana sumber pekerja agak susah untuk dicari. Kerajaan rugi berjuta-juta ringgit kerana semua usaha kerajaan seperti Program 6P di samping usaha untuk mengurangkan kadar jenayah kurang berjaya kerana adanya orang seperti ini yang melindungi serta memelihara mereka.

Suspek ini juga pernah mengaku melalui artikel 'Adik-Adik Saya Memang Penjenayah?' Bahawa dia terima rasuah. Namun, sehingga kini pihak berwajib masih belum mengambil sebarang tindakan susulan terhadap mereka. Jelas sekali manusia seperti ini sudah tidak berguna kepada negara kita sama sekali.

Begitulah hebatnya suspek Peer, abang sulung kepada Nasir @ Latiff yang menjadi sasaran perjuangan kami. Adik kepada Nasir @ Latiff pula, mempunyai banyak rekod jenayah. Memang keluarga penjenayah agaknya.

Kami berharap, sempena bulan berkat ini, mereka akan insaf dan menyahut seruan kami, pulangkan IC dan kembalilah ke negara kamu. Kamu berdepan risiko besar kerana badan khas ditubuhkan untuk menyiasat kamu akan diluluskan segera. Ambillah peluang beraya di India.

Suspek tidak pandai membaca dan menulis tidak harus menjadi Ahli RELA dan Pengerusi mana mana pertubuhan. Saya harap pembaca teruskan memboikot suspek selain meningkatkan tekanan kepada mereka dengan terus menghubungi mereka iaitu Peer-016-8360786 dan Nasir@ Latiff -016-8329789.

Salam Hormat,

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment