Tuesday, June 18, 2013

Gempaq!! Pendedahan mengenai ugutan terhadap penjawat awam semasa kempen PRU13

Adun BN bantah isu guru dipaksa ke pos Umno
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan dikejutkan dengan pendedahan mengenai ugutan berleluasa berlaku terhadap penjawat awam semasa kempen PRU13 lalu.

Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) mendakwa guru-guru diarah datang menandatangani kehadiran di pos Umno setiap malam.

Katanya, ada pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran yang datang ketika kempen di Tumpat mengarah guru-guru besar dan penolong kanan bertindak sedemikian.

"Perjumpaan pegawai kanan terbabit diadakan di Sekolah Menengah Biji Wangsa ketika kempen tersebut," katanya pada ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan ketika merasmikan persidangan Dun semalam.

Ketika usul cadangan ucapan itu Mohd Zaki berkata, guru-guru dan penjawat awam begitu tertekan sekali dengan ugutan dilakukan pemimpin Umno sepanjang kempen tersebut.

Ekoran itu menurutnya, guru-guru dan penjawat awam di bawah kerajaan Pusat tidak berani hendak menjengok pos-pos PAS.

Kata beliau juga guru-guru diugut hendak ditukar ke Sabah dan Sarawak sekiranya terus menyokong PAS.

“Lebih memalukan lagi sehingga ada guru Kafa diugut melafazkan cerai taklik terhadap isteri sekiranya mengundi PAS atau Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Pendedahan Adun Kelaboran itu menimbulkan bantahan pembangkang yang diketuai Datuk Nozula Mat Diah. - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment