Tuesday, June 18, 2013

Gempaq!! Adun BN hina titah sultan?


Kritik bekas MB, Adun BN hina titah sultan?
KOTA BHARU: Kenyataan Datuk Ab Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang mengkritik bekas Menteri Besar Kelantan tidak begitu menumpu perhatian ketika menjawat jawatan itu seumpama menghina titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ustaz Hassan Mahmood (PAS-Tawang) berkata, ini kerana Sultan Kelantan telah memberi penghargaan yang tinggi kepada Tuan Guru yang telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun.

“Tuanku dengan jelas mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru ketika baginda bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Dun semalam.

“Kalau Yang Berhormat masih tidak puas hati, menuduh serta mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, bererti Yang Berhormat menghina titah Sultan Kelantan,” ujarnya.

Pada masa yang sama Hassan meminta Adun Kuala Balah itu menghentikan kenyataan sedemikian, jika tidak beliau akan merujuk peraturan dewan.

Ab Aziz ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong titah ucapan Sultan Kelantan berkata, Tuan Guru sering tidak hadir ketika sidang Dun berjalan.

Pada masa yang sama pernah menyerahkan pembentangan Belanjawan pada orang lain.

Ekoran itu, keadaan dewan semakin tegang apabila Hassan menuntut Ab Aziz menjawab soalannya sebelum ini, berapa kali Perdana Menteri hadir sidang Parlimen yang belum dijawab walaupun diulang soalan itu beberapa kali.

“Tak apalah saya tidak tahu, nanti saya tanya dia (PM),” ujar Ab Aziz. - Harakah

Sultan yakin MB baru teruskan Kelantan berkat
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, mengucap tahniah pada Kerajaan Kelantan kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan di negeri ini pada PRU13 lalu.

Pada masa yang sama juga baginda mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

“Beta juga mengucapkan tahniah keada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian kerana berjaya dalam PRU lalu.

“Beta menyeru ahli-ahli berhormat dapat membalas kepercayaan rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggungjawab dan saksama,” titah baginda lagi.

Baginda juga turut menyatakan keyakinan Menteri Besar Kelantan yang baru dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan berlandaskan wawasan kerajaan negeri yang makmur, berkat dan berkebajikan.

Titah baginda dalam tempoh 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah ulama, telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran dan program termasuk pembelajaran berterusan.

“Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan, pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh anggota perkhidmatan awam negeri,”titah baginda lagi.

Terdahulu baginda telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena pembukaan istiadat itu.

21 das tembakan meriam kedengaran di sepanjang perjalanan istiadat pembukaan dan perbarisan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan menyambut keberangkatan tiba Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, Datuk Norzula Md Diah dan Adun-Adun yang lain.

Dua Adun mengangkat sumpah hari ini iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) dan Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu). - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment