KENINGAU: Kanser merupakan sejenis penyakit yang begitu digeruni dan sukar untuk diubati oleh setiap lapisan masyarakat. Sehingga kini belum ada ubat yang ditemui untuk mengubati penyakit ini.
Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan dari Keningau Sabah, Nuramirah Syahirah Rizalman, 21 yang mengambil kursus bahagian Farmasi di Kampus Universitas Padjadjaran, Jatinangor, Sumedang Jawa Barat Indonesia telah menemui cara yang boleh dilakukan untuk merawat dan mencegah penyakit ini dengan cara tradisional.
Namun kaedah yang murah dan efektif adalah dengan menggunakan buah alamiah, kata pelajar tahun satu di universiti itu melalui emailnya kepada media di Keningau.
Katanya, Durian Belanda atau nama saintifiknya, Graviola yang dikenali juga sebagai ‘Lampon’ bagi sebutan penduduk tempatan di Sabah merupakan sejenis buah yang memiliki sifat anti-kanser yang kuat.
Menurut kajian tertutup yang dijalankan oleh pengusaha perubatan dunia, unsur-unsur kimia yang terdapat dalam kandungan buah ini adalah 10 ribu kali lebih kuat dibandingkan dengan rawatan Kemoterapi.
Sejak tahun 1970, banyak penelitian dan penyelidikan telah dilakukan mengenai khasiat Durian Belanda dan hasil daripada penyelidikan ekstrak buah ini menyatakan ia mampu menyerang sel-sel kanser dengan efektif dan mampu membunuh sel-sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza.
“Saya mendapat pengalaman ini dari laporan akhbar The Gleaner bertarikh 3 Novermber, 2012 di mana seorang wanita yang mengalami penyakit kanser, Yvonne Kirlew dari Jamaica terselamat daripada limfa kanser.
“Berdasarkan laporan akhbar itu, suami kepada Yvonne, Raymond menyatakan bahawa beliau tidak pernah berputus asa untuk merawat penyakit isterinya itu. Disebabkan Kemoterapi yang dijalankan tidak berkesan dan hampir membunuh isterinya, Raymond terpanggil untuk menggunakan kaedah alamiah,” katanya.
Raymond bertekad setelah mendapat maklumat bahawa daun, batang dan kulit pokok Durian Belanda yang didapati di Jamaica adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan proses Kemoterapi.
Setiap hari, Yvonne akan minum ekstrasi daripada daun dan kulit buah itu dan setelah itu Yvonne telah disahkan bebas dari penyakitnya, kanser sejak Januari 2010.
Tidak dinafikan lagi, sesungguhnya khasiat dari Durian Belanda ini mampu mencegah dan merawat sel-sel kanser. Oleh itu, mengamalkan pengambilan buah ini adalah sangat berbaloi kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa dan kehidupan seseorang terutama dari penyakit kanser. - SUMBER
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment