Monday, May 20, 2013

Najib langgar perlembagaan?


Kabinet baru dan legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diragui bukan saja kerana Barisan Nasional (BN) mendapat 47% undi popular berbanding 51% undi diperolehi Pakatan Rakyat (PR), tetapi kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah paling tidak adil dan kotor di dalam sejarah negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, dengan padang sama rata untuk kedua-dua perikatan, bukan saja undi popular PR akan meningkat sebanyak 60 peratus atau melebihi 65 peratus, tetapi juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen.

Katanya, sekarang ini, Kabinet pasca-PRU-13 Najib juga menjadi sandiwara malah jenaka kerana mempunyai dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri tidak sah walaupun mereka melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak sah di hadapan Yang Dipertuan Agong, semalam.

“Amat sedih dan mengejutkan apabila Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai jabatan kerajaan lain yang terbabit begitu cuai dan lalai sehingga diabai, malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, adat dan protokol yang tidak sepatutnya berlaku di dalam demokrasi berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri.

“Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

“Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ini bermakna mesyuarat Kabinet selama dua jam semalam dicemari dengan penyalahan undang-undang kerana dihadiri dua Menteri tidak sah, Paul Low dan Abdul Wahid.

Tambahan, katanya, Paul Low sudah pun diwawancara sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mana dia tidak berhak, memandangkan pelantikan Kementeriannya hanya boleh berjalan apabila dia mengangkat sumpah sebagai Senator, jelas di dalam Perkara 43 (1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri.

“Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri.

Apakah akan ada upacara angkat sumpah “tergesa-gesa” tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?” ujarnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong dengan penghasilan satu sandiwara pelantikan Kabinet.

“Malah Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Najib Razak pada 20 Februari lalu untuk mematuhi dan memerhati empat prinsip tadbir urus baik diabaikan iaitu: Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara; Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan; Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia. - Roketkini

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment