Monday, May 20, 2013

Kini Giliran Zahid Hamidi dihalau + Video

NONE
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi tunjuk lagak dengan menyuruh mereka yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.

Ramai yang menyanggah kenyataan Zahid. Hari ini giliran Azmin Ali yang menyanggah kenyataan pongoh Zahid.

“Adakah ini cara Najib menunjukkan ‘kabinet transformasi baru’? Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh. 

Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara. Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar.” kata Azmin Ali. – Malaysiakini

Kalau Zahid Hamidi menghalau orang, kini giliran Zahid dihalau. Itulah yang disebut oleh Anthony Loke semasa Perhimpunan Blackout 505 Seremban 14/05/2013 lalu.


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment