Monday, May 20, 2013

Rumah kakak TPM dan Adik KPN pun kena rompak wa cakap sama lue


Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

Mai aiii.

Rumah kakak TPM pun kena rompak wa cakap sama lue. Dengan rumah adik ketua polis negara pula tue.

What the hell is this. Nak kata kelakar tak la kelakar mana pun. Tapi kira kelakar juga sikit2 sebab pencuri tue mencabar maruah TPM dan KPN secara berjemaah.

Woit.

Apa ko kata Malaysia ini aman ka TPM?

Apa ko kata kadar jenayah di Malaysia neh sudah berkurangan ka KPN?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Gelak jahat tamat sudah.

Kita orang baru je merompak rumah2 family terdekat korang. So apa yang ko nak cakapkan lagi hah? <-- PEROMPAK. 

Bukan aku oke. Aku berlakon as perompak je. Jangan korang buat statement maut cakap aku mengaku aku yang merompak kat rumah2 di atas tue pula. Mampos. Kang kena heret ke balai plak tak pasal2.

KAH KAH KAH

Bila melihat pencuri2 tersebut, yang dipercayai sekumpulan warga asing, sudah sepatutnya kerajaan kita bersama2 PDRM menanggani kebanjiran warga asing secara serius di Malaysia.

Mereka nak masuk sini cari rezeki, kita alu2kan.


Sedar tak sedar memang terdapat beberapa sektor yang memerlukan mereka as pekerja. Pertama kerana mereka pakar dan mahir dalam kerja2 tersebut. Contohnya bina rumah. Kedua, sebab mereka tak memilih kerja. Adanya orang2 kita yang malu dan takmo buat kerja2 tertentu atas alasan2 tertentu pula. So disini la tenaga warga asing diperlukan. Supaya industri tue tak terjejas disebabkan takde buruh yang nak bekerja kan.

Tapi, dalam pada itu, kedatangan mereka jika tidak di kawal, ia akan mengundang padah. Yang mencuri neh tak semestinya yang datang secara HARAM je. Silap2 ada yang datang secara HALAL pun terlibat dalam kes jenayah.

Tue tak masuk lagi dok bergaduh sesama sendiri akibat cinta apa jadah seme lagi tue.

Sebab tue sudah sampai masanya untuk KERAJAAN kita, pemimpin2 kita bersama2 PDRM memikirkan langkah2 tertentu untuk ;

1. Menyekat kemasukkan warga asing. Orang kata, buat limit. Jangan ko main bagi masuk je. Silap2 nanti purata rakyat di malaysia 50 : 50 . Warga asing = warga tempatan = sama banyak.

2. Mempertingkatkan kawalan keselamatan. Kawalan keselamatan yang longgar membuatkan mereka semakin menjadi2 buat jenayah. Terpakai la untuk seme penjenayah tak kira la warga asing ke warga tempatan ke, status depa sama je, still PENJENAYAH.

Hopefully kementerian yang berkaitan tak lepas tangan dan suruh kita pergi mana2 negara pula selepas kita complaint isu neh. Please. No more comedy oke, Zahid Hamidi.

KAH KAH KAH - Ameno World



Menteri KDN dan KPN perlu utamakan soal benteras jenayah, bukan "bermain politik"

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu. 

Pemimpin Pakatan pernah menggesa supaya Menteri KDN dan KPN supaya utamakan soal benteras jenayah, bukan "bermain politik"

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya. 

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu. 

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. 

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing. 

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.

Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah

GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini, bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.

“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.

“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?” kata Lim.

Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal Lim lagi.

Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.

“Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?” kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.-TMI

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjjenayah tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.

Apatah lagi Menteri KDN yang masih bersifat kebudak-budakan dan melayani nafsu samsengnya untuk menghalau rakyat dari negara ini bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sistem bilangan kerusi berbanding undi popular sedangkan "majoriti rakyat" (51%) sudahpun membuat pilihan memilih Pakatan Rakyat dan "minoriti rakyat"(47%) memilih BN. Apakah majoriti rakyat itu perlu berhijrah? Minoriti nak halau majoriti? Sudah hilang akalkah menteri itu?

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment