Monday, May 20, 2013

#black505: Bukti pengundi hantu undi pakai IC org lain +Video.. sebarkan!!

bdr kinrara puchong - selangor
Kejadian Kad Pengenalan Digunakan Oleh Pengundi Hantu Di Seluruh Malaysia
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.

Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.
Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.
8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:
Nama
Parlimen
Kamarulzaman Md AdnanP105 Sungai Petani
Mohd Khir ShaariP131 Rembau
Mohd Razmi KhalidP096 Kuala Selangor
Nor A’risah Ab YaminP102 Serdang
Zaripah Abdul HalimP040 Kemaman
Lee Hou CyangP102 Serdang
Sairah JusohP019 Tumpat
Mohamad Khairul Azhar Yang AliP108 Shah Alam
Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama.
#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.
Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.
Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.
Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau. 
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MEI 2013 



bdr kinrara puchong - selangor
kerteh kemaman
Full page fax print
sungai buloh - selangor
shah alam - selangor
sg petani - kedah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment