Wednesday, March 6, 2013

Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan


Sabak Bernam: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.

“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur...yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan.

“Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya.

Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Justeru katanya, ‘wayang’ yang dimainkan kerajaan di Lahad Datu itu tidak akan berjaya di dalam merubah hasrat rakyat di ‘negeri di bawah bayu’ itu untuk melihat perubahan.

“Rakyat Sabah sudah bangkit. Kita pada tahun 2008 kita ketinggalan sedikit dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Sebab Semenanjung Malaysia, Umno sudah kalah... BN sudah hampir kalah... hanya mempunyai kerusi 86.

“Tetapi kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menyumbang 54 kerusi, sebenarnya Umno dan BN sudah ‘habis’ tahun 2008.

“Apa pun berlaku, apa pun mereka (BN) buat, apa pun wayang yang mereka buat di Sabah, wayang tak laku lagi. Wayang tak orang nak tengok lagi. Orang nak tengok perubahan yang akan berlaku dalam PRU ke 13 ini,” tegas bekas Timbalan Menteri Kabinet itu.

Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.

Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas. -antarapos

Ulasan GB

GB tertarik dengan satu ulasan di fb:

Bekas Tim Menteri Umno - Insiden Lahad Datu Sandiwara Umno.
Kalau Tian Chua yang bersuara, maka gegak gempita riuh rendah 1Malaysia mengelatat kepanasan...
Ha ha ,, bila orang Sabah bekas Timbalan sendiri yang bersuara dengan nada yang sama Tian Chua... ha ha apa macam?

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment