Tuesday, November 6, 2012

Utusan Meloya Takut kena Saman.. Fitnah Nurul Izzah dgn Tanda SOAL

ISU MELAYU DAN TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA - PENJELASAN NURUL IZZAH!!
Nurul Izzah dituduh sebagai orang yang "konon-kononnya" menyokong melayu bebas memilih agama..

dan kenyataan beliau yang mengatakan "tiada paksaan dalam Islam" itu cuba dibelitkan dengan memberikan persepsi bahawa beliau bersetuju melayu bebas memilih agama mereka selain dari Islam...

Ini ada dinyatakan di dalam Utusan Malaysia yang selama ini tidak pernah berputus asa mengelirukan rakyat Malaysia di dalam laporan-laporan mereka..

Biarpun di saman dan diperintah membayar denda akibat dari salah lapor mereka,namun Utusan tidak pernah berputus asa..

(kadang-kadang aku terfikir kalaulah Utusan menggunakan sikap tidak kenal
putus asa mereka ni di dalam menyebarkan dakwah kan ke bagus..)

Hari ini Utusan melaporkan berita yang sebegini.. Melayu perlu bebas pilih agama?
(siap ada tanda soal (?) kerana takut kena saman..)Liang Lahad
Berikut penjelasan dari Nurul Izzah berkaitan isu tersebut..

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012

Kalau kita tak tahu apa yang terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 256 seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah tu..
lihat sini...

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
- Surah Al Baqarah ayat 256


Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment