Tuesday, November 6, 2012

Dalam Negara Islam 1Malaysia ada Katagori Judi Yang "HALAL"

Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.
Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.
Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai. Harakah

Lesen JUDI CUMA 1818 SAHAJA... ANGGARAN HASIL untuk 4 tahun HANYA 9315 juta (SEMBILAN RIBU TIGA RATUS JUTA SAHAJA).. Ish camna kita nak kurangkan nih...

Take Note !!! : Ulama Muda Umno Hadari Ader Cadangan Tak Atau Mekanisma Bagaimana Nak Kurangkan Pertambahan Pendapatan Negara Yg Melalui Hasil Dari Duit Haram Jadah Nih... Umno Claim Negara Malaysia Negara Islam Tp Hasil Judi Terus Meningkat... Mcm Mana Ni ????....

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Demo LoNie : “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(arak) dan JUDI (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat DOSA BESAR dan beberapa manfaat bagi... manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” - (Al-Baqarah 2:219)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, bertiliki nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan (al-Maidah: ayat 90)
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment