Tuesday, November 20, 2012

Panas!! Pendebat UMNO Kantoi!! : Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? + Video

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? Apa Komen Dr MAZA?
Apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab hujah Ust Afandi (UMNO) berikut:
Hujah 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah/bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya?

Hujah 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik.

Dan ini doa nabi Musa :
"Musa berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih. " (QS. Yunus; 88)

ust Afandi tnya..ada x nabi,atau sahabat, atau mna2 riwayat dr mna2 kitab yg mmbolehkn mndoakn bala' kpd mukmin yg lain..jd,hujah dr MAZA msh valid..dn dr segi hukum,prbuatn sahabat blh dijadikn rujukn :

Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:

“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).

Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).

Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim. Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.

Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.

Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. 

Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.
* Tersiar di akhbar Sinar Harian pada 30 April 2010. - SUMBER

Saksikan Video ini :
YA ALLAH BALASLAH KE ATAS MEREKA KERANA MEREKA ZALIM

Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.

Persoalannya, apakah tindakan doa unt mereka yg zalim itu salah?
Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;

PERTAMA;
Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;

Maksudnya; "celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka" - (Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:
Firman Allah;

Maksudnya; "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim" - (Surah Hud : 18)

KETIGA; 
Firman Allah;

Maksudnya; "Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya" - (Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;

Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;
Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;

Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim." - (Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;
Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL
Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;

Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"

Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"

Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ] - ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Kutukan laknat dari Allah swt kpd orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi .

7. Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar . -Sirah Ibnu Ishaq

9. Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab ??.  Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut . - Surah al Lahab

Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

Suntingan Dari Artikel Asal Di SINI

Sebaliknya berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).


BUAT MEREKA YANG ZALIM SILA AMBIL IKTIBAR KISAH INI.
Salah seorang diantara mereka Syeikh Abdul Qadir Audah (foto), seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah,

“Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku."

Allah mengabulkan doa orang yang dizalimi, darahnya menjadi laknat bagi penguasa yang terlibat dalam hukuman mati terhadap para ulama dan pejuang Islam. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang zalim itu selamat dari hukuman Allah di dunia. Mereka mengalami kehidupan yang sangat tragis.

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya...Semua yang bersekongkol membuat kerja jahat terhadap para ulama' telah Allah balas di dunia lagi.

Jamal Salim - Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakit saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi. Tak boleh buang air kecil dan akhirnya mati keracunan.
Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup.
Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun.
Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah.
Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun.
Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati.
Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur, bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah SWT mengumpulkan kita dan pejuang-pejuang yang gugur syahid di jalan-Nya bersama Rasulullah SAW di dalam surga-Nya yang mulia. Ameen...SUMBER


Fatwa Sheikh Prof Dr Sulaiman Saloomi (Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram) adalah BENAR cuma bila diletakkan Logo BN disitu maka ia telah menjadi tidak BENAR sama sekali......kikikiki - Kelab Bekas Ahli Umno

UMNO mengaku mereka kerajaan yang ZALIM... Klik SINI

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment