Tuesday, November 20, 2012

Fitnah terhadap TG Nik Aziz : Utusan nak kena saman lagi weh...Ha.. Ha.. Ha..

TG Nik Aziz akan saman Utusan kerana fitnah terbaru ini..
Setelah diberikan layanan yang baik sepanjang Muktamar Pas Kali ke 58, inilah hadiahnya dari Utusan buat TG Nik Aziz, Fitnah yg sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am PAS itu..
Ini sebahagian dari apa yang dilaporkan Utusan..

"Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Ketika wartawan mengajukan soalan adakah beliau menjatuhkan hukuman murtad kepada UMNO berdasarkan pandangannya itu, berikut jawapan Nik Abdul Aziz:

"Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad."

Sementara itu, ketika ditanya adakah disebabkan UMNO sudah tidak mengamalkan Islam maka Pas mendoakan supaya parti itu ditimpa bala, beliau berkata:

"Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia."

Mursyidul Am Pas itu mengulangi bahawa doa seumpama itu adalah tidak salah ~ Utusan

Tak cukup dengan itu.. Senyum Kambing juga menambah perisa..

Dan sebagai penghargaan buat Utusan yang juga Lidah Rasmi UMNO..
Ha.. Ha.. Ha.. nak kena saman lagi weh...

Hancus kredebiliti Media UMNO ni.. tapi yang aku kagum dengan Utusan ni selain dari tak bangkrap lagi walau dah disaman berulang kali, masih ada yang mempercayainya.. kenapa agaknya?

Adakah mereka itu terlalu bodoh atau sememangnya mereka itu bodoh kerana mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin UMNO?

Aku yakin kalau Allah anugerahkan kebolehan membaca kepada Kaldai, binatang itu pun akan berfikir berkali-kali untuk mempercayai apa yang Utusan laporkan setelah menyaksikan Media UMNO itu kalah berkali-kali di Mahkamah kerana saman berikutan fitnah yang disiarnya.. - ASD

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment