Sunday, November 25, 2012

Gempaq!! Bekalan air dua kali seminggu di Negeri BN

KRISIS AIR DI SEMPORNA MERUNCING
SEMPORNA tidaklah seindah namanya. Ini bermakna masih banyak kekurangan infrastruktur yang dialami oleh daerah ini yang sewajarnya diambil perhatian oleh wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh seluruh warga daerah Semporna, terutamanya Datuk Seri Panglima Shafie Afdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang semestinya mempunyai banyak peruntukan kewangan.

Namun apa yang menyedihkan, percayakah rakyat Sabah bahawa masih ada kampung-kampung di daerah Semporna ini yang tidak ada bekalan air bersih.

Contoh yang paling jelas ialah Kampung Tampi-Tampi, Kampung Kabogan dan kampung yang terletak di sekitarnya, walhal kedudukan kampung-kampung ini tidaklah berapa jauh dari pekan Semporna.

Manakala di kampung Bugaya dan sekitarnya terpaksa menjalani catuan dua dan hanya mendapat air dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Sabtu, itu pun sekadar 5 jam sehari.

Bayangkan, apalah sangat dua kali seminggu dan hanya lima jam sehari? Senario ini bukannya perkara baru dan catuan ini sudahpun berkali-kali diajukan kepada Jabatan Air Semporna, namun 1001 alasan yang diberikan.

Apa yang menyedihkan lagi, penduduk tempatan terpaksa membeli bekalan air bersih dari pihak kontraktor yang kononnya telah dilantik oleh Jabatan Air Semporna dan dikhabarkan kontraktor ini bukannya penduduk tempatan (sejauh mana kebenarannya hanya Jabatan Air Semporna yang tahu).

Adakah ini tidak menyedihkan? Persoalannya sampai bila keadaan ini akan berakhir? Adakah menunggu kerajaan baru atau fenomena ini terus membelenggu masyarakat daerah Semporna terutama masyarakat yang tinggal di kampung yang dinyatakan tadi.

Logik akal, keadaan ini tidak mungkin berlaku di daerah Semporna kerana daerah Semporna mempunyai empat orang wakil rakyat yang diketuai oleh Datuk Shafie Afdal selaku Naib Presiden Umno merangkap Merangkap Menteri KKLW; Datuk Hj Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlee Marhaban dan Datuk Hj Herman Mohammad.

Apa yang diharapkan, agar semua wakil rakyat ini mengambil tindakan dengan segera demi keselesaan masyarakat daerah Semporna atau akan dihukum oleh rakyat pada PRU-13 nanti?

Salam Hormat,

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment