Sunday, November 25, 2012

Bontot Nazri mula kepanasan!!

Misi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ke Hong Kong pada hari Rabu lalu nampaknya berjaya menyakinkan Ketua penyiasat ICAC , HongKong Martin Chan untuk membuka semula kes kontroversi penangkapan seorang hartawan balak Sabah, Michael Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana cuba menyeludup keluar matawang Singapura bernilai RM40 juta pada tahun 2008.

Turut bersama misi tersebut ialah Ahli Parlimen PKR William Leong dan Hee Hoy Sian, dan ADUN Perak Chang Lih Kang

Rafizi melahirkan keyakinan kes itu kini akan kembali dibuka selepas Ketua penyiasat ICAC Martin Chan mendapat lebih banyak bukti baru dari delegasi.

Dia (Martin Chan) mahu kes itu dibuka semula supaya Hong Kong tidak menjadi syurga bagi pengubahan wang haram. Tidak mahu nama baik ICAC akan tercemar.

Delegasi itu merancang untuk kembali ke Hong Kong dalam masa dua minggu lagi bersama bukti pemindahan urus niaga dan kewangan yang berlaku di Hong Kong yang akan menunjukkan hubungan antara pemberian konsesi balak oleh Musa sendiri dan derma RM40 juta.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz telah berkata ICAC telah berpuas hati bahawa tidak ada unsur-unsur rasuah dalam kes itu. Pada Oktober tahun ini, Nazri memberitahu Parlimen bahawa wang adalah dana politik bagi Sabah Umno.

Beliau mengumumkan bahawa kedua-dua Hong Kong dan pihak berkuasa Malaysia telah menutup kes itu. Nazri mempertikaikan laporan mengenai kes itu, berkata Chia tidak pernah ditangkap oleh ICAC.

Beliau juga berkata RM40 juta yang disita daripada beliau telah berwayar ke dalam akaun di Hong Kong dan tidak berada dalam milikan peniaga tersebut. sumber

Scandal RM40 Juta, kini mendapat perhatian Media Antarabangsa
Akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) hari ini menyiarkan laporan berhubung pertemuan antara delegasi Pakatan Rakyat dari Malaysia berjumpa dengan Suruhanjaya Anti Rasuah negara itu (ICAC) semalam bagi mendesak suruhanjaya itu membuka semula siasatan skandal wang RM40 juta yang dibawa jutawan balak Sabah, Michael Chia empat tahun lalu.

Selain disiarkan di dalam keluaran cetak akhbar itu, SCMP turut menyiarkannya di laman web akhbar mereka dalam ruangan 'City Digest' yang turut diterbitkan hari ini dan disiarkan ke seluruh dunia.

Memetik laporan mereka bertajuk 'Malaysia Delegation Seeks ICAC Inquiry' (Delegasi Malaysia Tuntut Siasatan ICAC), delegasi Malaysia itu yang diwakili empat pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perjumpaan dengan pegawai ICAC dengan membawa bukti baru bagi menyokong permohonan mereka supaya ICAC membuka kembali siasatan mereka yang dikatakan sudah ditutup oleh Menteri di Jabatan Perdana Mentri, Nazri Aziz tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang masih berada di negara bekas tanah jajahan British itu juga memuat naik gambar berhubung laporan SCMP di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam mesejnya, Rafizi menulis:
@rafiziramli: With attention from SCMP, Reuters etc, HK legislators & Alliance (prominent NGO), the RM40m scandal is not going away #fb

@rafiziramli: Dengan perhatian (laporan) dari SCMP, Reuters dan lain-lain, Pegawai Undang-undang dan Perikatan HK, skandal RM40 juta tidak akan hilang lagi #fb

SCMP merupakan akhbar paling luas edarannya di Hong Kong dan Selatan China termasuk pusat kewangan negara itu di Shanghai serta berada pada kedudukan ke-11,184 dunia menurut ranking terbaru Alexa.com yang dikeluarkan semalam.

Pastinya, Musa, Chia dan Nazri akan mendapat perhatian dunia selain Malaysia terpalit sekali lagi dengan skandal memalukan imej negara di peringkat antarabangsa.

Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor petang ini sejurus sekembalinya delegasi itu hari ini ~ Jalan Pulang

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment