Wednesday, October 3, 2012

#Bajet2013 : BONUS - Kakitangan Kerajaan kena Kelentong

CUEPAC tuntut dua bulan bonus utk kakitgn kjaan. Dlm bajet najib baru2 ni diumumkan satu bulan setengah bonus.

Ertinya, peruntukan bonus satu bulan setengah itu perlu diluluskan terlebih dahulu kerana bajet ini adalah utk tahun 2013

Apa yg peliknya, najib sebut bonus satu bulan setengah itu dicamporkan dgn yg telah diberi pd tahun ini iaitu pd bulan ogos dan disember baru2 ini. Hanya baki akan dibayar pd januari 2013. 
kita mahu bertanya, bonus yg telah diberi pada bulan ogos dan disember baru2 ni tu diambil dari peruntukan tahun bila? Sedangkan ianya baru dimasukkan dlm bajet 2013 yg baru najib bentangkan dan masih dlm perbahasan lagi. 

Kakitgn kjaan mungkin terasa dikelentong bulat2. CUEPAC pula sehingga kini mendiamkan diri. Najib tidak perlu takut utk umumkan bonus sebenar utk kakitgn kjaan asalkan beliau tidak menipu. 

Jika mahu dilihat beliau bagus kerana beri bonus yg banyak, lebih baik beliau camporkan jumlah yg telah kjaan beri semenjak merdeka lagi...tentu terbeliak biji mata kita. 

takkan dgn kakitgn kjaan yg telah byk membantu kjaan pun najib sanggup lakukan penipuan? Tidak cukupkah warga felda selama ini menjadi mangsa? - Wfauzdin Ns 


Bonus 1.5 bulan: Bayar dulu baru mohon kelulusan Parlimen? 
Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man Tarikh: October 2, 2012 

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan. Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada Ogos lalu manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. 

Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat. Bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu menggunakan peruntukan yang mana? Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan. 

Apakah ia telah masuk dalam peruntukan tambahan tahun ini? Kalau begitu, tak perlulah dinyatakan dalam pembentangan belanjawan 2013. Dan, kalau ia menggunakan Bajet 2013, pembayaran yang telah dibuat menggunakan dana dari mana? Lebih elok perkara ini ditanya dan dijawab oleh ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan bajet. 

Sekiranya peruntukan untuk membayar bonus adalah daripada Bajet 2013, mengapakah Perdana Menteri perlu bertebal muka untuk mengumpulkan bonus yang telah dibayar dengan bonus tahun depan bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi? Tindakan ini tidak lebih daripada usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan BN sangat perihatin kepada kakitangan awam. 

Kalau begitu, lebih baik kalau beliau campurkan semua bonus-bonus sejak merdeka sampai kini, barulah rakyat terbeliak biji mata melihat slogan Janji 55 tahun sudah ditepati. 

*Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat - SH

No comments:

Post a Comment