Sunday, September 23, 2012

Permohonan maaf Ngeh mencukupi, kata Dr Asri.. Chua Soi Lek dan Mahathir bila nak mohon maaf???

KUALA LUMPUR, Permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sudah mencukupi kata bekas mufti Perlis.

 Beliau berkata permintaan maaf Ngeh [SINI] wajar diterima kerana berlandaskan prinsip ajaran agama Islam. "Saya menerima permohonan maaf daripada Ngeh tetapi berharap dia lebih berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan," kata Asri Zainul Abidin. 

 Asri turut menegur ahli politik dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berlaku adil dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam gabungan tersebut. 

Bekas mufti Perlis itu juga menggesa PR dan Umno mengamalkan budaya politik sihat supaya tidak hanya mementingkan diri. 

 "Pakatan perlu seimbang dalam berpolitik. Jangan hanya menegur kesalahan pihak lawan tetapi berdiam diri apabila rakan mereka buat salah. Ini bukan satu politik yang sihat.  "Saya harap Umno juga sama dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam Barisan Nasional," katanya. 

 Asri juga mendakwa pengerusi DAP Perak itu tersilap membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar lain seperti Pakistan. "Perbandingan demonstrasi ganas oleh Ngeh di Pakistan dengan Malaysia adalah salah. Rakyat disini matang dan tidak akan bertindak ganas seperti di negara lain," katanya lagi. 

 Kenyataan Ngeh dalam laman sosialnya mencetuskan kritikan dan ada gesaan supaya PDRM menyiasat beliau ekoran kenyataan tersebut. Tulisan Ngeh yang dipertikaikan itu antara lain menyebut: "(Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. 

Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini." Perdana menteri Najib Razak juga bertindak mempersoalkan keikhlasan Ngeh meminta maaf dan menyifatkan ia sebagai sudah terlambat. 

 "Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf. "Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," kata Najib dalam laporan The Star baru-baru ini.

SILA KLIK SINI

No comments:

Post a Comment