Saturday, September 22, 2012

Patutla PM kata "Saya bawa perubahan, tak perlu Pakatan"..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, BN bawah pentadbirannya membawakan perubahan sebenar dan oleh itu rakyat tidak perlu mengambil risiko dengan berubah demi janji-janji pembangkang.

 "Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar. "Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya. Mk


Tuuu dia....Jam tangan Kak Ros RM350,000 ? 
Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000. 

 Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller. 

 Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000. 

 Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar. 

 “Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu. 

 “Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan. 
 
 “Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. 

 Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011. Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. 

Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam. Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooter

No comments:

Post a Comment