Sunday, September 23, 2012

Najib mintak sepenggal lagi weeiiihh!!! Kalau dapat 5 tahun lagi, underwear pun jutaan ringgit? +Video


Kalau dapat 5 tahun lagi, penuhlah cincin berjuta dijari! Najib kini sidah sampai tahap merayu. Kedengaran cukup mendayu-dayu, 'bagilah kemenangan kepada Bn sepenggal lagi!'
 

 Awas, rayuan itu rayuan bapak harimau demi harimau betina!Sampai masanya harimau pasti mencakau dan menerkam akhirnya .....ngap!! 



Rakyat yang tidak serik dan mudah lupa akan apa yang Umno lakukan, bakal menjadi mangsa. Yang pasti kroni dan anak beranak terus kaya raya. Rakyat terus bagaikan pengemis mengharap dan menagih bantuan itu dan ini berjenama 1Malaysia! 



 Sepenggal lagi maknanya 5 tahun lagi! Bayangkan dalam tempoh 5 tahun lagi! Dalam tempoh empat tahun ini pun, paduka bini bershoping di butik-butik luar negara beratus ribu RM, bermalam di hotel berharga beratus ribu satu malam, membeli dan memakai cincin-cincin berjuta! Bil air dan eletrik di Seri Perdana beratus ribu! Melancong ke luar negara sambil bershoping beratus juta RM jugak.

 Bayangkanlah lima tahun lagi mendapat peluang! Mungkin bakal terdedah pula underwear berjuta RM, bra pun sama, kasut ratus ribu RM sepasang, dan macam-macam lagi yang boleh berlaku sungguh kerana tidak mustahil!

Mak tuan.... lingkup duit rakyat pembayar cukai dan duit dari hasil negara kerana semua yang dibeli mesti ber-king size! Oleh yang demikian cukuplah Najib Umno Bn...tak payahlah 5 tahun lagi! Mohon 5 tahun lagi konon untuk pembangunan hanya cuma dalih dan auta...apa boleh buat 5 tahun sedangkan 55 tahun yang telah diberikan, rakyat masih hidup miskin dan tertekan?

Cukuplah Umno/Bn...kami akan cuba Pakatan Rakyat pulak. Sahih!

 Najib mohon lagi sepenggal untuk lebih pembangunan
Nigel Aw 12.32 PM Sep 22 2012.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini, "Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya. 

Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan. Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini. Mk

No comments:

Post a Comment