Sunday, September 23, 2012

Hari Membantah Kebiadaban!, kenapa kita harus sasarkan ke Kedutaan Amerika atau Negara Amerika Syarikat +Video

Dari Blog Sahabat Fais Al-Hajari
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 Ternyata kewujudan filem pendek "Innocence of Muslims" memberikan impak yg tersendiri. 

 Aku ingat lagi - satu ketika dahulu dunia Islam pernah dikejutkan dengan penulisan buku "The Satanic Verses" oleh Salman Rushdie. Tidak lama dulu, penyiaran karikatur2 menghina Nabi Muhammad s.a.w juga menjentik sensitiviti umat Islam sedunia. Dan kini, giliran filem arahan Sam Bacile ini pula mencabar kesabaran kita. 

 Seperti yg dijangka, semua pihak memberikan reaksi keras terhadap filem pendek ini. Kulminasinya, siang tadi selepas solat Jumaat belangsung dua demonstrasi di dua lokasi berlainan oleh Pemuda UMNO dan juga Pemuda PAS bersama Pakatan Rakyat - Pemuda UMNO di Masjid Jamek Kampung Baru dan demo oleh Pemuda PAS + PR di Tabung Haji, berarak ke Kedutaan Amerika.

Aku tak nafikan ada pihak yg mempersoalkan kenapa kita harus sasarkan ke Kedutaan Amerika atau Negara Amerika Syarikat itu sendiri kerana penerbitan filem itu adalah oleh individu, bukannya oleh negara tersebut tetapi selaku sebuah negara yg memegang kuasa veto dalam PBB, depa boleh je memberikan tekanan kepada Bacile dan syarikatnya - kebetulan bertapak di negara tersebut - untuk tampil meminta maaf. 

Seperti yg dilaungkan oleh pucuk pimpinan PAS tadi, "kami tidak berniat menghalang kebebasan bersuara seperti yang diperjuangkan, tetapi kebebasan bersuara itu ada hadnya". 

 Masa aku on the way nak ke Tabung Haji, aku sempat jugak lalu kat Masjid Jamek Kg Baru melihat persiapan demo oleh Pemuda UMNO. Pheh, memang gah - kenderaan siarayanya, dengan kenderaan jabatan2 kerajaan pun turut nyibuk kat sana tapi satu je masalah - mana tukang demonya? 

 Kehadiran kat Tabung Haji tadi mmg ramai - aku rasa 5,000 +/- umat berkumpul pelbagai bangsa dan latar belakang menyuarakan kemarahan yg sama terhadap perbuatan biadab ini. Seperti yang disebut dengan jelas oleh Tian Chua, "kita membantah atas dasar kemanusiaan. Agama apa pun pastinya akan bangkit bila dihina sebegini". 

Menyebut ttg Tian Chua, perhimpunan di Tabung Haji menyaksikan kehadiran bukan Islam turut sama menyuarakan kejengkelan terhadap penghinaan yang tak bertamadun ini, tapi apakah ada kehadiran bukan Islam di Kampung Baru? Wakil MCA mungkin? 

 Dipendekkan cerita, memorandum gagal diserahkan kepada Kedutaan Amerika kerana tiada siapa drpd kedutaan itu sudi untuk turun berjumpa dengan rombongan demonstrator yang diketuai oleh Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi. 

Sungguh, ini merupakan satu tindakan yg mencerminkan lagi kesombongan dan keangkuhan Amerika Syarikat yang selama ini mendabik dada sebagai "Polis Dunia". 

Seolah2 sememangnya wujud perancangan khas yg didalangi Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Israel utk memprovokasi umat Islam agar bertindak balas - preferably secara ganas - terhadap filem ini. 

Setakat ini nampaknya usaha depa sedikit berjaya apabila sorg warga Amerika mati di Libya dan sebuah kedutaan Amerika di luar negara dibom. Apapun, perhimpunan tadi berlangsung dengan aman. Walaupun wujud segolongan syiah sesat yg cuba untuk menonjolkan diri depa - yg kemudiannya ditangani dengan mantap oleh Jabatan Amal (SINI- dan kemunculan sekumpulan (diyakini para SB) yg cuba mencetuskan suasana panas dengan membakar bendera Amerika namun disergah oleh Hanipa Maidin dan para culprit itu berjaya diusir keluar daripada peloton pendemo. 

Tidak ada walau satu laungan pun yg menyentuh parti2 dalam negara seperti UMNO BN - tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Amerika Syarikat dan yahudi. Malangnya, bukan itu yg terjadi di Kampung Baru. 

Perhimpunan "pertahan Nabi" di sana bertukar menjadi perhimpunan "kutuk DAP". Begitu jugalah dengan demo2 anjuran UMNO di lain2 tempat seperti di Melaka. 

Kenyataan Ngeh Koo Ham yang mempertikaikan KJ ingin anjurkan himpunan itu menjadi mantra depa utk dikritik. Masalahnya, siapa yg hina Nabi sekarang? Dan demonstrasi depa itu tujuannya untuk apa? Maka jika diambil kira semua ini, ada benarnya kritikan Koo Ham itu - demo yg dianjurkan oleh UMNO membuang masa sebab matlamatnya tak jelas dan menyeleweng. 

 Apapun, janganlah kita setakat pertahan Nabi dengan demo seperti ini saja. Pastikan kita sendiri mengikut sunnah Nabi dan segala ajaran Baginda agar kita tidak dicop sebagai puak2 munafik. "Tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad) melainkan membawa rahmat ke seluruh alam”. (Al-Anbiya': 107). 

Malangnya, ada je puak yg tidak mensyukuri dan menerima rahmat itu. Allahumma salli wasallim wabaarik 'alaihi wa'ala aalih wa ashabih -  Al-Hajari.blogspot.com

No comments:

Post a Comment