Thursday, September 13, 2012

Isu blog suarapakatanrakyat.com menunjukan KEBEBALAN blogger dan Pencacai UMNO..

SEBUAH laporan Polis dibuat di Sabah, berhubung tulisan sebuah blog, suarapakatanrakyat.com yang didakwa menghina tarian Sumazau, Sabah.

Habis riuh rendah blogger-blogger Umno menuduh Pakatan Rakyat menghina orang Sabah dengan cara mengaitkan blog tersebut dengan Pakatan Rakyat.

Nampak sangat blogger-blogger Umno berniat jahat apabila cuba mengaitkan blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog Pakatan Rakyat.

Walhal sudah berulang kali didedahkan bahawa blog tersebut bukanlah pro Pakatan Rakyat. Sebaliknya blog penyamar yang mahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini MiLo SuaM sendiri sudah beberapa kali menulis bahawa blog tersebut adalah blog penyamar antaranya rujuk sini [Utusan].

Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli juga pernah mendedahkan bahawa blog tersebut adalah blog Umno yang cuba melakukan psywar rujuk printscreen twitter beliau di bawah ini [Twitter].


Di dalam menjawab soalan salah seorang pengikut laman twitternya, Rafizi menjelaskan bahawa suarapakatanrakyat.com merupakan blog Umno.

ReJaM© "Berpuluh kali sudah dijelaskan namun mereka masih bebal... "


Kenyataan Media Pakatan Rakyat pada 12 September 2012

Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang kewujudan beberapa artikel yang dimuatnaik dalam laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ yang cuba dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat di sini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak' yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun.

Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

YB Tony Pua
Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP

YB Nik Nazmi Nik Ahmad

No comments:

Post a Comment