Wednesday, August 8, 2012

Royalti, air Kelantan: Tabiat Umno suka berbohong

Royalti, air Kelantan: Tabiat Umno suka berbohongKUALA LUMPUR- Isu royalti dan air di Kelantan membuktikan kepada rakyat bahawa Umno mempunyai tabiat suka berbohong, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam kedua-dua isu itu, amat jelas Umno mempunyai tabiat suka berbohong yang tegar dan tidak boleh dikikis lagi. "Ketika parti itu mendakwa kononnya "janji ditepati", berbohong memang cara dan kebiasaan Umno yang normal dan semula jadi tidak kira ketika membuat kenyataan atau menjawab soalan," kata beliau. 

Dalam isu jawatankuasa khas royalti, kata Mahfuz, Umno minta "jangan politikkan" "Tetapi dalam isu air di Kelantan, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) suruh undi Barisan Nasional (BN) untuk selesaikan isu itu

Umno cakap berbelit-belit dan penuh pembohongan," katanya. Tabiat suka berbohong, kata beliau lagi, sudah menjadi cara hidup Umno terutama para pemimpinnya. "(Bekas Presiden Umno, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata Umno sudah jadi parti perasuah dan beliau juga tulis bahawa Umno sudah busuk hingga ke ususnya. 

"Dengan sifat Umno yang suka berbohong itu dan dicampur dengan apa yang Dr Mahathir tulis dalam blognya mengenai parti itu, rangkaikanlah parti apa sebenarnya Umno itu," kata Mahfuz. 

Mengenai jawatankuasa khas royalti, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan jawatankuasa tersebut tidak relevan dan tidak perlu wujud. "Kerajaan Umno melalui ucapan Tun Abdul Razak Hussein dalam Parlimen pada 12 Disember 1975 sudah janjikan royalti hasil petroleum dalam bentuk tunai itu dan perjanjian juga telah dibuat antara kerajaan Kelanyan dengan Petronas pada tahun yang sama, sebab itulah jawatankuasa itu tidak relevan, karut dan tidak perlu wujud. "Tidak mustahil jawatankuasa itu akan dijadikan entiti tujuan khas Umno untuk berbohong lagi," kata Mahfuz. 

Sebelum itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga yang juga Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta penubuhan jawatankuasa khas royalti tidak dipolitikkan. Tetapi keesokan harinya, Najib mempolitikkan isu air apabila memberi jaminan BN akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. -harakahdaily