Wednesday, August 8, 2012

Apa Hukum Undi DAP? Perkasa Wajib Fikir Apa Hukum Undi UMNO?

Utusan melaporkan bahawa Perkasa mempersoal hukum orang PAS mengundi DAP yang menurut Ibrahim Ali, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Baiklah, memang benar DAP tidak sehaluan dengan PAS dalam hal ini. Namun, setakat ini tiada kata-kata penghinaan dilontarkan oleh pemimpin DAP kepada Islam dan hudud. Mereka tidak bersetuju kerana Perlembagaan negara tidak membenarkan pelaksanaan hudud. Hal ini jelas dengan realiti bahawa sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal. 

Malah, pelaksanaan Hudud juga tiada dalam manifesto bersama PR. Logiknya juga, pemimpin yang dimaksudkan itu pula bukan Islam

 
Namun, Perkasa buat-buat lupa peranan UMNO menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan. Perkasa juga lupa kata-kata bersifat "penghinaan" pemimpin UMNO terhadap negara Islam dan hudud. Perkasa lupa bahawa orang ini orang mengaku siang dan malam memperjuangkan Islam. 

Perkasa juga lupa kata-kata penghinaan pemimpin MCA terhadap hudud dan Islam. Apa peranan Perkasa dalam membela Islam daripada dihina oleh pemimpin MCA? Kelompok ini bukan sahaja tidak bersetuju, malah "menghina" hudud dan Islam. 

Selama 55 tahun negara merdeka, apa usaha pemimpin UMNO untuk menegakkan hukum Islam di negara ini? 

Perkasa wajib menanya diri sendiri: Apa hukum mengundi pemimpin dan parti yang diwakili mereka? 

Banyak lagi gambar menarik. Google atau Yahoo. 

Cuba baca pandangan Che Det tentang hudud di sini. Apa pandangan Ustaz Azhar? Lihat di sini

P/s: Apa hukum mengundi BN apabila pemimpinnya menghina dan memperlekeh hudud dan negara Islam? Setakat ini, TM tidak pernah membaca kenyataan pemimpin DAP menghina hudud atau negara Islam kecuali kenyataan bahawa parti itu tidak bersetuju dengan pelaksanaannya di Malaysia.

PAS fatwa larang kerjasama dengan Kafir DAP yang dimanipulasi cybertroopers Umno dijawab! ... Baca SINI