Saturday, August 25, 2012

PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?


Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia.
Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara. 

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. 

Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan. 

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. 

BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah. SUMBER

NAJIB PANGGIL SEMUA MENTERI : PARLIMEN BUBAR? 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semuia menteri kabinet mengadapnya hari ini. 

"Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang". 

"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau. 

Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi. 

Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka. Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka. 

Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri. Sumber

No comments:

Post a Comment