Saturday, August 25, 2012

Mana dia peniaga Burger? Mana dia Jamal Ikan terbakar Sekinchan? Kenapa tak bising?

Adakah kumpulan peniaga tersebut akan membuat laporan Polis juga kerana mengalami kerugian sebanyak tiga kali ganda akibat penutupan jalan-jalan ke Dataran Merdeka selama tiga hari?

SEMASA Perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari sebanyak 10 jalan ditutup selama sehari kerana Himpunan Bersih 3.0 tersebut diadakan di sekitar Dataran Merdeka.

Antara jalan-jalan yang ditutup waktu itu adalah Jalan Raja laut, Jalan Parliment, Jalan Kinabalu, Leboh Pudu, Jalan Syed Putra, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Ampang.  

Namun pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, sebanyak 18 jalan-jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Bukan itu sahaja, jalan-jalan ini ditutup selama tiga hari [MyMetro].
Tapi yang menghairankan, semasa Bersih 3.0 ada sekumpulan peniaga membuat laporan polis kerana mereka menghadapi kerugian akibat penutupan jalan-jalan ini selama sehari. 

Adakah kumpulan peniaga tersebut akan membuat laporan Polis juga kerana mengalami kerugian sebanyak tiga kali ganda akibat penutupan jalan-jalan ke Dataran Merdeka selama tiga hari? 

18 jalan ditutup sempena sambutan Hari Kemerdekaan 
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar. 

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai. 

Katanya, semua jalan ditutup adalah untuk acara utama perbarisan di Dataran Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos 2012. 

Jalan yang ditutup adalah: Jalan Travers/Jalan Damansara 
Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara) 
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara) 
Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah 
Jalan Tembusu/Jalan Lembah 
Jalan Cenderasari/Jalan Perdana 
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman 
Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin 
Jalan Raja/Jalan Hishamuddin 
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin 
Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak 
Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen 
Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut 
Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman 
Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi 
Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman 
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan 
Jalan T.A Rahman/Jalan Raja Manakala, 

bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, pula tiada penutupan jalan dibuat. 

“Acara berkenaan dijalankan pada 31 Ogos juga, bermula jam 4.00 petang dan dijangka tamat jam 12.30 malam,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 25/08/2012

Kenapa agaknya Datuk Jamal Ikan Bakar Sekinchan ini tak marah kerana penutupan jalan ini akan mendatangkan kerugian kepada peniaga-peniaga kecil ini...huhuhuh.. http://pulakdah.blogspot.com/2012/08/18-jalan-ditutup-kenapa-jamal-ikan.html.

No comments:

Post a Comment