Thursday, August 9, 2012

Negeri Pakatan sebulat suara guna ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’

Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggunakan tema yang sama iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sepakat menggunakan tema tersebut secara bersama dan tidak lagi menggunakan tema pilihan bagi negeri masing-masing sebagaimana yang diputuskan sebelum ini. 
Menurut beliau, keputusan Pakatan menggunakan tema tersebut kerana menentang tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan. 

Sebelum ini, Pakatan mendesak Kerajaan Persekutuan menukar tema berkenaan kerana dijadikan kempen Umno BN Mustafa berkata, pemilihan tema oleh Pakatan lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia. 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi berkata, Kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan tema rasmi Pakatan Rakyat itu. Keadilandaily.com