Thursday, March 15, 2012

Wasatiyah : Najib dan Umno sendiri tak ikut! +Video

Banyak dasar Najib hanya sedap didengar,.. pepat diluar rencong di dalam !

“Wasatiyah” daripada perspektif Islam ialah kesederhanaan dalam melakukan tuntutan duniawi dan ukhrawi.

 
Konsep Wasatiyah ini memang baik dan sangat digalakkan dalam Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau,... begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian. Sebaik-baik amalan ialah kesederhanaan.

Bagi parti PAS dan Pakatan Rakyat konsep wasatiyah ini bukanlah asing kerana mereka telah dan sedang melaksanakannya.

Konsep Wasatiyah Najib – apa yang tak kena?
Hari ini Konsep Wasatiyah yang dilaung-laungkan oleh Najib nampak tak sepadan dengan apa yang Najib telah buat,.. atau dengan kata lain cakap tak serupa bikin! Lain yang diungkap, lain yang berlaku! Samalah dengan lain-lain slogan yang Najib pernah cipta sebelum ini seperti Konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, Transpomasi politik, transpomasi ekonomi dan sebagainya. Slogan-slogan tersebut hanya sedap diucap dan didengar! Realitinya samar, kabur dan mengelirukan !


Tiada maknanya Najib melaungkan konsep wasatiyah ini sedangkan Najib dan Umno sendiri dilihat kerapkali melakukan pembaziran. Contohnya Kerajaan UmnoBn berbelanja besar sewenang-wenangnya. Najib dan Rosmah berbelanja mewah,.. Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan satu laporan bahawa belanja majlis pertunangan anak Najib menjangkau RM0.5 juta,. dan paling baru perbelanjaan majlis harijadi Najib juga khabarnya begitu besar!.hingga mencecah RM80 ribu. Butakah Najib? sampai tak kenal antara pembaziran dan kesederhanaan?
 
Justeru apa yang kita dapat lihat ialah,...Najib hanya pandai berjanji dan mencipta konsep atau slogan!. tetapi dalam masa yang sama dia dia gagal menunjukkan contoh yang baik. . Wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan sedang diperkenalkannya dalam dalam pentadbirannya?. Memang tak patut !, Ia seperti ketam menyuruh anak berjalan betul ! Kebanyakan rakyat memang dah hidup sudah pun, jadi dimana lojiknya Najib menyuruh mereka mengikat perut atau berjimat? sedangkan Najib pula melakukan sebaliknya!!. - Oleh : rahimothman
 
Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai “Majlis Pejabat Perdana Menteri”? Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir.
 
Pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang = RM20,700
Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai = RM7,738
Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai = RM5,300
Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai = RM795
Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai = RM31,800
Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai = RM12,720

JUMLAH = RM79,053

Dalam masa lebih kurang satu bulan, Najib membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika Najib bertegas ini dibayar sendiri, celah mana dia mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa? Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan atau nama paling senang KRONI yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Najib bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan dia selama ini?
 
Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain. Wajarkah Najib berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Birthday aku pun tak lama lagi, apakata kalau PMO tanggung majlis aku pulak? Maklum la, rakyat susah macam aku tak pernah sambut Majlis hari jadi kat hotel..
 
Waaaaakakakkakakaaaaaa!!!Era Pasca

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/wasatiyah-najib-dan-umno-sendiri-tak.html

No comments:

Post a Comment