Thursday, March 15, 2012

Kita cabar Shahrizat, buktikan !!!! Selain beliau,..siapa lagi?

Sejak dari awal kes penyelewengan NFC ini terbongkar hinggalah ke hari ini Dato’ Seri Shahrizat Jalil sentiasa diasak bukan saja oleh pembangkang malah rakan-rakan dalam parti Umni sendiri,.. agar Shahrizat mengambil tanggungjawab dan seterusnya meletak semua jawatannya.
 
Shahrizat seorang Menteri, maka mungkin itu yang menyebabkan suaminya boleh mendapat projek ternakan lembu bernilai RM250 juta itu dengan begitu mudah. Memang tak masuk akal apabila Shahrizat mendakwa semua itu hanya kebetulan dan tak ada kena mengena dengannya !! .

Zaman semakin canggih, manusia semakin cerdik ! Mana mungkin rakyat Malaysia boleh diperbodohkan ! Kalau lah Shahrizat anak Jalil ini bukan seorang menteri, agak-agaknya bolehkah suaminya yang tak mahir dalam ilmu penternakan lembu ini memperolehi projek mega tersebut? Budak darjah enam pun boleh jawab.

Dan yang lebih malang lagi ialah apabila wang rakyat sejumlah RM250 itu telah disalahgunakan oleh Shahrizat dan keluarganya! Sebagaimana yang dilaporkan, mereka membeli beberapa buah kondo mewah, tanah dan sebagainya. Wajarkah rakyat merelakannya? Percayakah kita dengan kata-kata Shahrizat yang projek itu tak ada kena mengena dengannya? Percayakah kita penyelewengan yang dilakukan oleh suami Shahrizat tak ada kena mengena dengan Shahrizat yang berjawatan menteri dan ketua wanita Umno itu? Sedarkah Shahrizat bahawa wang yang digunakan itu milik rakyat ! maka beranikah Shahrizat berkata yang isu ini tiada kena mengena dengan rakyat?

Shahrizat meletak jawatan? Dalam hal ini sepatutnya Shahrizat awal-awal lagi sudah meletak jawatan, bukan sekarang baru nak umumkan! Tarikh nak berundur pun nampaknya masih jauh lagi (April 2012),..itupun kerana mahu menunggu tempoh jawatan senatornya tamat, Jadi jelaslah !, sikap dan pendirian Shahrizat menggambarkan beliau seorang yang penakut dan masih sayangkan jawatan menterinya. Rakyat pun faham apabila seseorang itu tidak lagi memegang title senator , secara automatik tidak layak memegang jawatan menteri!. Justeru dalam isu ini, mana ada berlaku perletakan jawatan? seperti yang diumumkan oleh Shahrizat? Sekali lagi rakyat hendak ditipunya!!

Apa Shahrizat pernah kata? Berhubung dengan tuduhan atau dakwaan salahguna wang rakyat oleh Shahrizat dan keluarganya,. maka untuk meringankan beban tekanan yang ditanggungnya, Shahrizat pernah berkata,...... “Beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah?” ... Maksud kata-katanya itu kita faham,..bukan beliau seorang saja yang ada rekod busuk atau salahguna kuasa,, ramai lagi pemimpin Umno yang bermasaalah sepertinya.

Hari ini kita cabar Shahrizat !! Setelah beliau berani mengaku nak letak jawatan selepas bulan April 2012 ini, adakah Shahrizat sanggup mengumumkan lain-lain pemimpin Umno yang mempunyai masaalah sepertinya? Siapakah pemimpin-pemimpin Umno berkenaan seperti yang pernah disebut atau dicabarnya dulu? Beranikah Sahahrizat menyatakannya satu persatu? -Oleh : rahimothman

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/kita-cabar-shahrizat-buktikan-selain.html

No comments:

Post a Comment