Friday, March 23, 2012

UMNO / BN gagah tapi bacul dan dayus


Sampai bila Umno-BN mahu bermusuh dan berdendam dengan rakyat Kelantan
Amat memalukan apabila parti yang didakwa gagah seperti Umno-BN tapi bacul dan dayus tak boleh menerima kenyataan rakyat tidak menyokong mereka. Bahkan sanggup berdendam dengan rakyat yang menolak mereka dalam pilihanraya.

 
Buktinya, Kelantan merupakan sebahagian daripada Malaysia dan diperintah oleh orang Melayu Islam tapi kerana kebodohan dan otak yang sempit yang tidak boleh menerima kenyataan, Umno sanggup berdendam dan melakukan diskriminasi terhadap rakyat Kelantan.

Dakwaan Umno bela nasib Melayu adalah bohong semata-mata. Buktinya di Kelantan. Rakyat Kelantan sanggup didendami oleh kerajaan pusat di bawah Umno-BN, padahal Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Umno bukan bela Melayu tapi hanya membela suku-sakat mereka, bela kroni mereka supaya semakin kaya-raya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperjuangkan mati-matian semata-mata adalah kerana mahu menjaga periuk nasi pemimpin dan kroni mereka.

Dipetik dari Harakahdaily, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar), berkata amalan diskriminasi pusat terhadap Kelantan sejak 20 tahun lalu tidak wajar diteruskan.

Sambil mendakwa ianya bercanggah dengan amalan federalisme, beliau menuntut ianya dihentikan segera dan segala hak kerajaan negeri perlu diberikan tanpa sebarang penafian.

"Amalan diskriminasi ini bukan hanya berlaku sejak 20 tahun lalu, tapi dari tahun 1959 lagi ketika PAS mula-mula memerintah Kelantan. Sehingga hari ini, Kelantan masih melaluinya dengan pelbagai cara," dakwa beliau ketika mengambil bahagian Ketika perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang Di-pertuan Agong, di Dewan Rakyat, kelmarin.

Dakwa beliau, banyak peruntukan yang sewajarnya disampaikan ke Kelantan, tertangguh ekoran amalan diskriminasi tersebut, termasuk kelewatan memberikan geran.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap rakyat Kelantan.

"Apabila Perdana Menteri hadir di Sabah, beliau menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan tentang kemiskinan Kelantan seolah-olah seorang bapa menghina anak kandungnya di hadapan adik-beradik yang lain," kata beliau.

Tambah Wan Rahim, penghinaan yang dilemparkan Najib tersebut tidak mudah dilupakan dan akan diingati sampai bila-bila.

Menyentuh soal projek ladang rakyat yang dimanipulasikan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, Wan Rahim berkata ladang yang diusahakan 4834 peserta itu merupakan tanah milik Perbadanan Ladang Rakyat.

"Ia tidak ditukar milik atau digadaikan kepada mana-mana pihak seperti yang dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi peserta yang mengusahakannya mendapat habuan sebanyak RM200 sebulan dengan agihan dividen sebanyak RM52.4 juta," tegas beliau.

Malah, katanya projek tersebut meghasilkan kejayaan apabila tanah kerajaan negeri tidak diberikan kepada syarikat swasta, tetapi dimajukan Perbadanan Ladang Rakyat," tegas beliau.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/umno-bn-gagah-tapi-bacul-dan-dayus.html

No comments:

Post a Comment