Friday, March 23, 2012

Patutlah KPN kata "Kes Culik tidak Serius, Masyarakat Tak Perlu Risau"...

Teman Lelaki Yang Larikan Fatihah Adalah Seorang Anggota Polis
 
Ibu tetap bertegas enggan restui hubungan Siti Nurfatihah dengan teman lelaki

KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya. - Normala Mohd Lazin, ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi.

“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga. -BH
 
Ulasan GB

Ini bererti lelaki yang membawa lari gadis tingkatan tiga yang bernama Fatihah tersebut dan yang menhubungi ibu Fatihah rupa-rupanya adalah seorang anggota polis.

Maka apakah kerana itu, maka polis Kuantan begitu cepat menutup kes tersebut tanpa menahan lelaki tersebut tetapi hanya memanggilnya untuk diambil keterangan?

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang) berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

Apakah tidak mungkin pelajar tersebut telah dipaksa untuk menyatakan bahawa beliau tidak diculik sedangkan adik-adiknya sendiri cuba untuk menarik Fatihah?

Saya kenal lelaki terbabit kerana dia pernah datang ke rumah. Dia memaklumkan ada seorang perempuan memberitahunya anak saya selamat dan berada di rumah ibu angkat dipercayai salah seorang individu yang mengambilnya.

“Namun lelaki terbabit enggan memberitahu di mana Siti Nurfatihah berada sekadar memaklumkan anak saya mahu pulang ke rumah hari ini (semalam), tapi sehingga kini anak saya tetap belum pulang,” katanya ketika ditemui, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang Ahad lalu, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, di sini keluar ke sebuah premis yang terletak 100 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai dengan ditemani dua adiknya iaitu Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing berusia 11 tahun sebelum dipercayai diculik suspek menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna ungu.

Selain itu, Normala berkata, dalam perbualan telefon hampir dua jam, beliau turut meminta lelaki terbabit untuk memujuk pihak yang mengambil Siti Nurfatihah memulangkan anaknya semula.

“Mungkin kerana dengki menjadi punca anak saya dilarikan, malah lelaki terbabit berkata perempuan yang mengetahui di mana anak saya berada marah apabila kes ini tersebar selain menjadi kes polis.

“Saya mengesyaki ada pakatan antara lelaki ini dan perempuan terbabit yang seakan-akan menyembunyikan sesuatu sehingga enggan memaklumkan di mana Siti Nurfatihah berada,” katanya.

Maka adalah benar pemerhatian GB sebelum ini bahawa:

Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak diculik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa:

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,"

Rakyat begitu gusar dengan perkembangan ini, yang tiba-tiba keluarga itu sehingga Fatihah dan keluarganya dimalukan dan dipersalahkan sedangkan "penculik" yang merupakan seorang anggota polis dilepaskan.

Wartawan-wartawan juga turut malu sehari selepas berita penculikan dilaporkan mereka terpaksa mengubah laporan berkenaan 360 darjah dengan kini meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada gadis yang diculik itu bersama keluarganya.

Semua yang terlibat di dalam "konspirasi" ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan termasuk sebarang usaha "cover-up" yang dilakukan oleh polis Kuantan without fear or favour.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu sehingga jangan ada bedebah yang cuba untuk menutup kebenaran:

1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/patutlah-kpn-kata-kes-culik-tidak.html

No comments:

Post a Comment