Thursday, March 15, 2012

SPR akui Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor dan 228 Pengundi di Hulu Selangor


Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Tak Masuk Akal
SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. -mk
 
SURUHANJAYA PILIHANRAYA SPR BALACI UMNO YANG KANTOI...


MENGIKUT UNDANG-UNDANG.. TIADA SIAPA YANG BOLEH DITUKARKAN TEMPAT MENGUNDI MELAINKAN DENGNA KEBENARAN ATAU PERMOHONAN INDIVIDU ITU SENDIRI.. TETAPI BAGAIMANA SPR BOLEH MENUKARKAN DAERAH TEMPAT MENGUNDI MENTERI BESAR SELANGOR SEDANGKAN KHALID IBRAHIM TIDAK PERNAH MEMBUAT PERMOHONAN MENUKARKAN TEMPAT MENGUNDINYA.... DAN LAGI SATU... BAGAIMANA KEDIAMAN KHALID IBRAHIM TERLETAK DI KUARTERS KAKITANGAN UNIVERSITI? - Bicara Che Wan


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/spr-mengaku-pindahkan-kawasan-mengundi.html

No comments:

Post a Comment