Friday, March 16, 2012

SATU PERATUS YANG RASUAH ATAU SATU PERATUS YANG TAK PERNAH RASUAH

JANGAN SALAH DENGAR


PENCERAHAN TENTANG POLIS RASUAH


Agaknya ketua polis negara tersilap baca, "sebenarnya 1% saja PDRM yang tidak rasuah, yang lainnya terlibat dengan rasuah".

RALAT 
By Anonymous on LAWAK TEERKINI KAH KAH KAH on 3/15/12


kisah benar aku: kene tahan polis (kuda putih) sebab aku pakai handphone (bos aku yang call) masa drive kereta company member aku dok sebelah... masa tu dalam seminggu lagi nak gaji so biasanye time macam ini aku memang tengah kayap.. pagi kene roti canai + milo, tengahari memang diet la time2 macam ni(tahan je laa lapar tu) malam baru makan kat umah..


gaji tiap bulan pon tak pernah cukup sebab hutang pada bank2 yang kapitalis durjana (rumah,kereta,petrol,tol,belanja dapur & macam2 lagi - sama je ngan korang suma)....masa polis tu tahan muka dia da memang senyum2 kat aku (misai macam cite tamil)..dia cakap “ko ni bersalah sebab gayut tak pakai handsfree”.. aku pon merayu pada polis tu janganlah saman sebab kalo saman pon aku memang lansung takde duit nak bayar dan kalo naik makamah pon aku akan cakap benda yang sama gak kat hakim tu takde duit nak bayar...


tiba-tiba dia tanye “berapa engkau ada skang??”..duit aku dlm wallet ade 20ringgit je, kt dalam bank langsung takde..aku pon terus bukak wallet aku tunjuk kat si polis tu duit aku..aku cakap “ni je duit yang aku ade”..dalam hati aku harap laa sngat dia nak lepaskan aku..polis tu tak caya duit aku memang banyak tu, dia cakap “takkan la banyak ni jer,yang ni sikit sangat”.. polis tu suruh aku pinjam duit ngan member aku yang dok sebelah..dah memang nasib kot, member aku pon bukak wallet dia tunjuk kat polis tu ade 20ringgit je kat dalam wallet dia (aku da gelak dalam hati)..


polis tu jadi boring pastu dia mintak gak duit aku..aku pon terus lagi merayu “encik saya memang takde duit ni, kalo saya bagi duit ni kat encik saya takde duit nak gi keje minggu ni”..polis tu cakap kat member aku “ko kasi laa pinjam 10ringgit kat dia nii(aku)”..member aku terus jadi terkedu..polis terus cakap “dah nasib korang nak kene arini”..malas nak cakap banyak aku pon terus bagi 20ringgit aku kat polis ni..terus muka si polis ni senyummmm..sebelum gerak dia cakap aku “ko halalkan ye duit ni” sambil dia buat muka senyum kambing dan terus start kuda putih dia gerak..
By Anonymous on LAWAK TEERKINI KAH KAH KAH on 3/15/12


1% dr 100k polis angkat rasuah bermakna 1000org kot menjadikan Malaysia no. 19 terselamat diduduki...menurut perangkaan Kementerian Wanita mak jat tu, senator heng sai ki kata tahun lepas 2011 kalo xsilap purata 5kanak2 sebulan kot hilang diculik dsb. senator ni dlm wawancara radio pun ngaku keadaan skrg xsama mcm dulu lebih mencabar dan xselamat utk kanak2 disebabkan negara2 Asean lain bnyk kes pemerdagangan org...


campur kes altanunya mati katak kene bom c4, sarbani mati mengejut bukan bunuh diri, teoh beng hock kojol dlm siasatan, adik amirul mati ditembak polis kat kepala,jutawan kosmetik sosilawati mati dibunuh bakar peguam india, adik sharlene nurin jazlin nurul nadirah +bnyk kes simbah asid pada pemandu kereta... maka kita ni memang bangang kerana mempercayai hanya 1 % polis rasuah, malaysia no 19 negara paling selamat didiami...bertambah bangal bongok tolol kalau undi BN UMNo lagi pada PRU akan datang nnt...
By Menyesal undi UMNO BN dulu on LAWAK TEERKINI KAH KAH KAH on 3/15/12 - TUKAR TIUB

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/satu-peratus-yang-rasuah-atau-satu.html

No comments:

Post a Comment