Wednesday, March 28, 2012

Ayah Pin kini kembali.. Adakah kerana beliau AHLI UMNO maka beliau tidak ditangkap ?


Ayah Pin kini dilaporkan telah kembali semula ke daerah kelahirannya di Besut setelah sekian lama dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa.


Malangnya kini beliau berada dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar .

Biarpun dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut namun masih tiada tangkapan keatasnya.
Adakah kerana beliau lumpuh maka pihak berkuasa tidak menangkapnya atau adakah kerana beliau seorang Ahli UMNO Cawangan Batu 13, Hulu Besut yang memegang keahlian bernombor 00791672 beliau tidak boleh ditangkap?

Berita berkaitan..

Mulut herot
BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu. myMetro

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/ayah-pin-kini-kembali-adakah-kerana.html

No comments:

Post a Comment