Monday, February 20, 2012

TERKINI!! Harussaini Sah Jadi Alat Politik UMNO : Surat Pertubuhan Hindu Sangam Bukti Jelas Anwar Ibrahim Tidak Terpesong Akidah!

BANYAK pihak pelik apa tujuan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria membangkitkan soal lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke kuil Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang lepas?

Di Malaysia, bukanlah satu yang luar biasa untuk orang Islam hadir ke dalam majlis keagamaan kaum lain seperti itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri telah beberapa kali hadir ke majlis melibatkan perayaan Buddha oleh masyarakat Siam di Kelantan.

Lagipun, kehadiran Najib ke Batu Caves semasa perayaan Thaipusam pun bukanlah kali pertama, pada 2010 dia telah melakukannya, yang kemudian dikaitkan dengan lawatan sama oleh arwah bapanya Tun Razak pada awal 70-an.

Kenapa baru sekarang Harussani mengambil pendekatan mengecam?

Setelah puas mengkaji dan melihat tindak balas penyokong UMNO berhubung kenyataan awal Mufti Perak itu yang mengecam Najib atas kehadirannya di Batu Caves, penulis berasa sangat yakin bahawa Harussani dengan sengaja mengeluarkan kenyataan itu yang kemudiannya akan dikaitkan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis Ponggal di sebuah kuil di Perak pada Januari lepas.

Penulis tidak boleh membuktikan disini tapi jika dihalusi kronologi kenyataan Harussani ini dengan baik, jelas ia adalah satu gerak kerja politik UMNO yang dijalankan dengan begitu teliti sekali.

Apatah lagi bila semalam Harussani menyifatkan kenyataannya mengenai kehadiran Najib di Batu Cave telah diputar belit oleh beberapa pihak, menguatkan lagi tanggapan penulis bahawa semua ini adalah sebahagian dari plot politik jahat UMNO.

Hakikatnya, sebahagian besar rakyat Malaysia yang tidak memberi perhatian kepada kehadiran Anwar dalam majlis Ponggal di Perak, kini didedahkan dengan terperinci gambar-gambar Anwar di majlis tersebut, termasuk satu gambar dimana Anwar dicalitkan dengan bahan berwarna merah di dahi (nandek).
Harussani Sah Alat Politik UMNO
Gambar tersebut kini digunakan penyokong UMNO untuk mempersoalkan akidah Anwar sebagai orang Islam.

Percayalah cakap penulis, jika Harussani tidak mempersoalkan lawatan Najib ke Batu Caves, tidak mungkin para blogger UMNO akan menggunakan gambar-gambar Anwar itu untuk menjatuhkan imejnya.
Tapi seperti disebutkan oleh Harussani sendiri, jika tidak berniat untuk merayakan, tidak ada masalah.

Penulis tidak ingin bercakap panjang kerana ini isu agama. Cuma yang penulis ingin highlightkan disini ialah kepimpinan Pakatan Rakyat juga seharusnya mengelak dari mengambil bulat-bulat pandangan Harussani, walaupun ia punya nilai besar untuk menghentam Najib.

Pada penulis, Harussani telah membuktikan dirinya sebagai ulama haram jadah pro UMNO, tapi berselindung di sebalik jawatan sebagai Mufti Perak. Tidak sepatutnya sesiapa pun memberikan perhatian kepada cakapnya dari sekarang.

Sebaiknya Harussani meletak jawatan, menyertai UMNO dan bertanding dalam pilihanraya. Itu adalah lebih baik dari hidup dalam kepura-puraan dan merelakan diri menjadi alat politik tidak bertamadun UMNO. - Artikel penuh di Suara Pakatan Rakyat

APA ITU PERAYAAN PONGGAL.. YANG KONONNYA DISAMBUT ANWAR
Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi.

Bhogi
Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.

Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk selepas hampir setahun bercucuk tanam.

Surya Ponggal
Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya Ponggal memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama Hindu di Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan untuk memasak Ponggal dalam periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara akan bangun awal untuk membentuk ‘kolam’ menggunakan beras berwarna di halaman rumah. Pintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan pewarna ‘kum kum’ bagi menceriakan lagi suasana.

Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani. Ia bukan sahaja merupakan hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil.

LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan yang serba baik. Ketika susu melimpah, ungkapan ‘Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal’ disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi periuk tanah liat berhias yang digunakan untuk memasak susu itu.

PONGGAL yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.

Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada para penganut.

Mattu Ponggal
Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal.

Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi. Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.

Kanni Ponggal
Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.

Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli dan Tanjavur. Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh meriah mengikut adat.
Manakala Thaipusam (தைப்பூசம்) merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Masyarakat Hindu akan mengunjungi beberapa kuil di seluruh negara bagi menghormati hari kelahiran Dewa Murugan seperti di Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.
Sambutan yang juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" yang juga untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha". / DPPWM

Heboh satu dunia pencacai umno yang memperkatakan tentang tanda didahi yang dicalit oleh penyokong Anwar. `Tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai. Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan. Laksamana Bukit Bintang

Surat Pertubuhan Hindu Sangam Bukti Jelas Anwar Ibrahim Tidak Terpesong Akidah!
Surat dari Pertubuhan Hindu Sangam menjelaskan upacara Aarathi, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tempoh hari sekadar upacara tradisi BUKAN agama.

Sejak seminggu lalu, blogger Umno-APCO memainkan isu ini sebagai membalas isu kehadrian Najib Altantuya pada sambutan Thaipusam (perayaan keagamaan menghormati Dewa Hindu, Dewa Murugan) pada 7 Februari lalu sedangkan Anwar hanya menghadiri perayaan kebudayaan Ponggal di Batu Gajah, Perak, pada 29 Januari lalu.

Berikut adalah inti pati surat yang dikeluarkan bertarikh semalam.

18 Februari 2012

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Salam Sejahtera,

Upacara mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegasakan bahawa mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia.

Sekian,
Salam Satu Malaysia.

(Tandatangan)

RS MOHAN SHAN,
PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/terkini-harussaini-sah-jadi-alat.html

No comments:

Post a Comment