Monday, February 20, 2012

Patut lah Hasan Akidah tak tegur Najib.. Kah Kah Kah +Video

Najib Tun RazakNajib: Saya pemimpin Islam, saya jaga akidah
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad S.A.W. dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.
"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah S.A.W, yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini.

Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. [ Baca SINI ]


Ni dari E Fatwa :
"Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di perkarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terlibat dalam majlis keagamaan sama sekali.

"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya. - Bernama
Bikin Haru Sana Sini !!!

19 Februari 2012


Bagaimana Dengan yg kat bawah ni : Sunnah Sape ni!!! Tentu Hasan Akidah sependapat dgn Harusanasini yg NAJIB SEORANG ISLAM YG PANDAI JAGA AKIDAH
Kah Kah Kah 
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpaduan dikalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum Hudud dilaksanakan di negeri itu.." "Rakyat harus menyoal pelaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum Hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.." -DS Najib Tun Abdul Razak 1993 

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti." -DS Najib Tun Abdul Razak 24-09-2011
BATU GAJAH - Kerajaan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, walaupun hudud adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya mesti berpaksikan realiti.

“Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya.

Najib berkata, kerajaan mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib. SH


Apakah Najib tidak yakin dengan ayat2 Al Quran : Melaksanakan Hudud menyebabkan NEGARA HURU HARA??

Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam. [ Rujuk Artikel Dr Maza Di SINI ]
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. Petikan Dari KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Firman-Nya,
“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberikan kepadamu, sedang kamu mengetahui, ” (QS al-Anfal: 27).


6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang menyekutukan.
(ikut al-Qur'an; berpalinglah daripada orang yang menyekutukan, iaitu yang mengambil selain daripada wahyu-Nya)


10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan bersabarlah kamu, sehingga Allah menghakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."
(ikut al-Qur'an)


2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),


2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan panggillah saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.


4:13. Itu adalah hudud (had-had) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.


4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli hudud-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.
(Allah dan rasul menyampaikan hudud-Nya)


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/patut-lah-hasan-akidah-tak-tegur-najib.html

No comments:

Post a Comment