Friday, February 10, 2012

Mat Said MB yang kurang garam +Video

Pas Perlu Ajar MB Terengganu
Kalau benarlah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said menyifatkan Pas sebagai Parti Ajaran Sesat ( SINI ), para pemimpin Pas khasnya Pas Terengganu tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas MB yang bermata perit-perit itu. Tidak perlu bertolak ansur saman saja MB kurang garam itu.

Tuduhan atau serangan politik Ahmad itu sudah melampau. Dia telah menghina Pas dan tuduhan itu juga merupakan fitnah besar. Mungkin tuduhan seumpama itu boleh dilakukan kepada ajaran Ayah Pin di Besut tetapi bukan Pas. Pas adalah sebuah pertubuhan siasah yang berdaftar dan mempunyai maruah serta keahilian lebih 1 juta.

Kalau ayam kemacar Umno atau bloger polong membuat tuduhan itu tidak mengapa. Ia setaraf dengan tahap pendidikan yang mereka miliki dan cara berfikir bloger-bloger polong. Ini Ahmad Said seorang MB sebuah negeri tidak patut membuat kenyataan itu dalam keadaan bagaimana sekali pun.

Mat Said dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang kerajaan - BP1M di Kijal dua tiga hari lepas.

Ahli Jawatankuasa Pas Abu Bakar Chik marah dengan kenyataan Mat Said itu dan dilaporkan sebagai berkata memberi tempoh tertentu agar Mat Said menarik balik kenyataan itu jika tidak tindakan akan diambil.

Sebenarnya tidak guna Bakar Chik memberi amaran lagi kepada orang seperti Mat Said yang tidak tahu menghormati langsung perasaan dan hati orang lain. Kenyataan Mat Said itu juga tidak mengukur ke diri partinya terlebih dahulu. [wm.kl.2:09 pm 10/02/12] MSO

AHMAD SAID KATA PAS PARTI AJARAN SESAT TAK MENGAPA SEBAB DIA AHLI UMNO...
TAPI KADIR SHEIKH FADZIL MANTAN MENTERI UMNO DAN MASIH AHLI UMNO KATA UMNO SUDAH TERPESONG!!! APA MACAM? (Klik SINI) 

No comments:

Post a Comment