Thursday, February 9, 2012

Cara KERAjaan UMNO/BN bebankan rakyat : 1CARE diwajibkan untuk semua rakyat M'sia


ISU SCAM 1 CARE : Saya nak anda fikir logik sajalah, kalau yang namanya KWSP, BAITULMAL, TABUNG HAJI sajapun sudah terdedah dengan pelbagai skandal puluhan juta malahan billion ringgit, apa yang anda boleh harapkan dengan SKIM (BACA SCAM).

1 CARE najib ini, bukan masalah skim tapi masalah SISTEM, sistem malaysia yang sangat korup tak akan menjanjikan apa-apa kepada anda, akhirnya wang anda akan menjadi fix deposit perompak negara sekali lagi. Humban BN/UMNO dari malaysia dulu baru kita boleh fikir apa2 skim untuk rakyat - IAR


1CARE diwajibkan untuk semua rakyat M'sia

Feb 9, 2012 Semua rakyat Malaysia akan diwajibkan menyertai cadangan skim penjagaan kesihatan '1Care for 1Malaysia'. Bagaimanapun, kerajaan masih belum merangka pelan pelaksanaannya.

"Bagi penyedia penjagaan kesihatan, ia tidak wajib tetapi untuk rakyat, ia adalah diwajibkan," kata Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein.

Ini, kata dR Rozita, adalah untuk memastikan sumbangan dapat dimaksimumkan dan semua orang mendapat perlindungan yang sama rata. - Mkini

Skim kesihatan 1 Care zalim terhadap rakyat – Boon Chye

KUALA LUMPUR 9 Jan: Keputusan Kementerian Kesihatan mewajibkan rakyat Malaysia menyertai skim penjagaan kesihatan 1 Care membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak zalim kepada rakyatnya sendiri, kata Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.

“Sistem 1 Care ini membuktikan betapa zalimnya pentadbiran Najib kerana beliau tahu majoriti rakyat terutamanya persatuan perubatan menolak skim ini.

“Harus diingat yang membantah skim ini adalah mereka yang terdiri dari pakar perubatan yang sangat memahami dunia perubatan dan sudah tentu bantahan mereka ini berasas,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein bahawa rakyat diwajibkan menyertai skim itu.

Menurutnya, beliau juga mendapat maklumat kerajaan bakal merangka uang undang-undang berkaitan National Health Financing Authority, sebuah perbadanan yang menjalankan kutipan gaji rakyat untuk membayar hospital terpilih yang ditetapkan kerajaan.

“Perbadanan yang bertindak sebagai orang tengah ini jelas merugikan rakyat kerana rakyat diwajibkan membayar kepadanya, selain kebebasan memilih untuk mendapatkan rawatan terhad kerana ia hanya diputuskan perbadanan ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gopeng.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha meningkatkan kemudahan di hospital kerajaan agar setanding dengan hospital swasta, berbanding sibuk mewajibkan rakyat menyertai skim berkenaan.

Sehubungan itu Boon Chye berkata, beliau akan memastikan isu itu dibahaskan sepenuhnya dalam sidang Parlimen akan datang.

Pengamal perubatan sebelum ini membantah skim kesihatan 1 Care kerana ia mengenakan potongan 10 peratus daripada pendapatan individu kepada skim berkenaan.

Berdasarkan cadangan itu juga, individu hanya boleh dirawat seorang doktor di kawasan mereka dan tidak dibenarkan memilih doktor lain serta dihadkan jumlah mendapat rawatansebulan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26351
Baca Artikel Berkaitan :

1. Skim kesihatan 1 Care, lagi taktik Najib bebankan rakyat +Video 
2. 1Care : Insurans sosial tetapi tidak ada apa-apa yang 'sosial' 
3. 1Care: UMNO-BN, segalanya digadai atas nama keuntungan, "Yang sakit bertambah sakit"

No comments:

Post a Comment