Thursday, February 2, 2012

Anwar Sokong Tindakan Azizan, Amaran Kepada Aziz Bari

Anwar Sokong Tindakan Azizan, Amaran Kepada Aziz BariPENULIS terbaca satu laporan dari akhbar hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan kepada tindakan Datuk Seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah dalam isu berkaitan penggantungan 5 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Penulis difahamkan, Anwar berpuas hati dengan penjelasan Ustaz Azizan bahawa beliau tertakluk kepada AUKU dalam mengambil tindakan tersebut kerana Akta itu masih berkuatkuasa dan sebarang pelanggaran hanya akan menyebabkan lesen operasi KUIN ditarik balik.
Ustaz Azizan juga dinyatakan tidak sama sekali berniat untuk melanggar asas perpaduan semua parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dimaktubkan dalam buku Jingga yang merupakan janji 100 hari Pakatan Rakyat setelah BERKUASA di peringkat persekutuan nanti.

Malah Azizan juga dilaporkan telah memberi penjelasan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan perkara tersebut dan Hadi juga dilapurkan menerima penjelasan itu dengan baik.

Berita ini sepatutnya diterima oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat yang lantang mengecam Ustaz Azizan kerana tindakannya itu, terutama sekali Professor Dr. Aziz Bari agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, apatah lagi berbaur ugutan.

Seperti dinyatakan di atas, buku Jingga adalah janji Pakatan Rakyat setelah mengambil alih kerajaan persekutuan nanti. Sehingga masa itu sampai, tiada pihak dalam Pakatan Rakyat yang terikat untuk mematuhinya

Memang lebih baik kalau kita dapat melaksanakan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam buku Jingga setakat mana yang mampu, tapi untuk mengatakan mesti mematuhi buku Jingga dikala Pakatan Rakyat belum pun memerintah negara, itu adalah sangat keterlaluan.

Dalam masa yang sama, penulis juga menggesa Ustaz Azizan dari menggunakan ayat-ayat yang hanya memberi peluru hidup kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menanguk di air yang keruh. Antaranya mengatakan buku Jingga bukan al-Quran dan sesiapa yang menentang AUKU sebagai beruk.

Melihat kepada serangan Aziz Bari dan beberapa persatuan pelajar yang agak keterlaluan ke atas Ustaz Azizan berhubung isu ini, penulis boleh menerima tindakan Ustaz Azizan menggunakan perkatan-perkataan tersebut.

Tapi dengan buku Jingga adalah satu-satunya dokumen rasmi yang menujukkan kewujudan Pakatan Rakyat, maka sebarang salah tafsiran, apatah lagi kecaman ke atas buku Jingga, akan hanya memberi impak yang negatif kepada semua pihak dalam isu ini. Suara Pakatan Rakyat 


Hadi puas hati penjelasan Azizan
Oleh Azmi Md Deros dan Shaarani Ismail

2012/02/02

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpuas hati dengan penjelasannya berhubung tindakan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 hampir setahun lalu.

Katanya, beliau memberi penjelasan itu kepada Abdul Hadi menerusi panggilan telefon, baru-baru ini dan akan menghantar Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Md Noor untuk memberi penjelasan lanjut berserta dokumen sokongan yang diperlukan kepada PAS Pusat.

“Saya sudah menghubungi Presiden (Abdul Hadi) dan memberi penjelasan mengenai tindakan yang diambil oleh KUIN serta kedudukan sebenar isu itu. Beliau berpuas hati dengan penjelasan diberikan.

Prinsip saya jelas dan saya tidak akan campur tangan dalam soal pentadbiran agensi atau badan lain di bawah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO, di sini, semalam.

Kelmarin, Azizan membidas pihak yang mengkritik dan menyerangnya berhubung tindakan penggantungan lima pelajar KUIN, yang didakwa dilakukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Azizan mendakwa pihak yang menyerangnya itu tidak mendapat maklumat betul kerana tindakan diambil KUIN itu bukan mengikut AUKU, sebaliknya mengikut Akta IPTS 1996 kerana universiti milik kerajaan negeri itu dikategorikan sebagai IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Azizan tidak boleh disalahkan berikutan kenyataannya dan tindakannya menggantung lima pelajar terbabit.

Katanya, ia disebabkan ketika ini AUKU masih lagi berkuat kuasa manakala institusi pengajian tinggi terbabit masih termaktub di bawah peraturan yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Beliau (Azizan) ada memberitahu kerana kontroversi universiti bila ada bantahan kerana tak gunakan Buku Jingga (dalam mengambil tindakan terhadap pelajar) beliau berasa tersinggung kerana seolah-olah menyatakan beliau salah.

“Malah, beliau menjelaskan setakat ini sebelum ada undang-undang pendidikan tinggi KUIN masih terikat dengan AUKU walaupun dia tidak sepenuhnya bersetuju, tetapi beliau terikat kerana itu syarat yang dikenakan KPT, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wangsa Maju, di sini, semalam. BH

Jom Fikir...

Tidak terfikir kah dik AKAL kita yang CERDIK sebagai PENYOKONG Pakatan Rakyat dengan suasana yg TERCETUS sekarang menjelang PRU 13???.. Para Blogger dan Pencacai  UMNO hanya BERSORAK melihat KITA bercakaran sesama sendiri.. mereka tak payah membuat FITNAH atau Provokasi dalam blog2 mereka untuk memecah belah PERPADUAN Pakatan Rakyat.. cukup dengan "menyucuk "JARUM HALUS" membuatkan kita menggelupor tak tentu hala..  


Isu Dr Hassan ALI di Selangor (Klik SINI ,dan SINI ), Isu KUIN di Kedah (Klik    SINI dan SINI), Isu  "cauvinis" di Pulau Pinang [ Klik SINI ] dan seterusnya tidak terkecuali KELANTAN bakal menyusul  [Klik SINI dan SINI ]..  Ada kah ANDA yakin PAKATAN RAKYAT dapat mengekalkan PEMERINTAHAN di negeri2 tersebut berdasarkan suasana SEKARANG??? 


Tindakan KITA sebenarnya memudahkan UMNO/BN memberi penumpuan  sepenuhnya SERANGAN terhadap KETUA UMUM PAKATAN RAKYAT (Klik SINI dan SINI) manakala yg lain nya TANPA SEDAR telah diambil alih oleh KITA sendiri ( Klik SINI dan SINI )...Saya yakin ISU2 ini akan di MANIPULASI oleh UMNO/BN didalam KEMPEN jika PRU 13 diadakan dalam masa terdekat.. (Klik SINI , SINI dan SINI)


Fikir2 lah jika ANDA ingin melihat PAKATAN RAKYAT terus KEKAL berkuasa di 4 negeri berkenaan HATA menawan PUTRA JAYA. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment