Friday, January 13, 2012

Panas!! Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan???

WarkahDaily -- Dah jadi trend artis dan selebriti, buat sesuatu tak kira positif atau negatif, semua nak dipaparkan kepada khalayak. Samada nak glamor atau nak publisiti murahan, memang dah jadi sebahagian kehidupan dia orang.

Kalau nak riuhkan benda-benda yang baik, isytihar balik ke pangkal jalan ke, apa-apa aje la, takdak la meluat sangat tapi kalau benda-benda yang boleh merendahkan kehormatan diri dan orang sekeliling, usahlah ‘dipublikkan’. Nanti tak pasal-pasal malu ‘sekampung’.

Dipetik dari portal Murai.com.my, kisah mengenai perang dingin Rita Rudaini bersama adik iparnya, Zaquan Adha yang dikatakan semakin panas.

Menurut penulis portal berkenaan, tidak pasti sama perkara ini betul atau tidak, namun sumber yang memberi tahu portal itu mengatakan mereka berdua sedang berbalah (saling menyindir antara satu sama lain) dalam laman sosial Twitter masing-masing.
“Umum sudah mengetahui hubungan mereka berdua tidak sebulu.

“Malah hubungan Rita dengan isteri Zaquan Adha, pelakon manis, Ayu Raudhah pun dikatakan panas kerana pernah tersebar cerita mengatakan Ayu dan Zaquan menjadi batu api agar hubungan Rita dan ibu serta keluarga mertua bergolak,” kata Murai Batu, penulis dalam portal Murai.com.my kelmarin.

“Malah sejak berkahwin pun dengan Aidil Zafuan, kita semua sedia maklum hubungan Rita dengan ibu mertuanya juga sudah dingin.

“Murai Batu tidak tahu bagaimana hendak komen mengenai masalah mereka ini apatah lagi bila melibatkan permasalahan keluarga,” tulis Murai Batu lagi.

Akhir tulisannya dalam portal hiburan itu, Murai Batu berharap agar Rita dan Zaquan dapat menyelesaikan masalah mereka berdua.

“Harapan Murai Batu agar mereka berdua dapat menyelesaikannya serta tidak perlulah membuka pekung sendiri buat tatapan umum.

“Lagipun masing-masing sudah berkeluarga, kalau ada yang tidak puas di hati buangkanlah perasaan tersebut jauh-jauh,” nasihat Murai Batu lagi.

--WARKAHDAILY

No comments:

Post a Comment