Friday, January 13, 2012

BN teruskan tradisi SIMPAN Menteri Kontroversi

Malaysiainsider melaporkan bahawa sumber dalaman kerajaan menyatakan bahawa tiada rombakan kabinet dilakukan oleh Najib sebelum Pilihanraya Umum ke 13 ini. Maksudnya Najib meneruskan tradisi BN menyimpan menteri-menteri yang bermasalah dalam kabinetnya. Jelas walaupun Najib melaung-laungkan transformasi dan perubahan tetapi pelaksanaannya tiada, tradisi menyimpan pemimpin bermasalah tetap diteruskan walaupun rakyat muak dan mual dengan mereka.

Najib ternyata tidak sanggup untuk merombak kabinet mungkin beliau bimbang jika menteri-menteri berkenaan digugurkan maka bertambah jelaslah kepada rakyat bahawa kabinetnya dipenuhi dengan mereka yang bermasalah.

Presiden Umno itu lebih rela menyimpan menteri-menteri bermasalah hanya untuk menutup pekung masing-masing dari diketahui oleh rakyat. Namun begitu beliau sebenarnya tidak mampu lagi menutup pekung itu kerana rakyat sebenarnya sudah lama sedar segala masalah dan kontroversi yang berlaku.

Menurut sumber tersebut Najib masih belum membuat keputusan jitu bila pilihanraya umum akan diadakan kerana beliau akan menilai sokongan rakyat kepada BN selepas Datuk Seri Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat 2. Walaupun ramai menjangkakan PRU 13 akan diadakan pada Mac 2012 tetapi selepas Anwar dibebaskan ada yang mengjangkakan Najib memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuat kajian dan mengatur strategi baru untuk menghadapai momentum rakyat yang cenderung menyokong PR selepas Anwar didapati tidak bersalah.

Walau apapun keputusan Najib sebenarnya BN semakin lemah dan tidak berdaya untuk bertahan lama lagi. - Mutaligat

No comments:

Post a Comment